Jumaat, 19 Jun 2020

PKR tetap tolak Dr M jadi PM ke-9, PH bakal berpecah lagi?

Akhirnya PKR tunjukkan jalan keluar untuk Mahathir, mereka tidak setuju sekiranya Mahathir lagi sekali dilantik menjadi PM.

Mungkin PKR sudah tidak tahan dengan kerenah Mahathir yang menjadi punca PH runtuh kerajaannya, malah Mahathir sendiri tidak suka kalau Anwar menjadi PM.


Jadi kesimpula dari cerita ini, PH Plus ke, PH one ke, nombor sudahlah tidak cukup, tunggu sahaja PRU15 untuk membuktikan PH ini masih relevan.



Undi tidak percaya juga dikatakan bakal berlaku pada Julai nanti hanya cakap kosong sahaja. Perbalahan PKR dengan parti Amanah dan D4P juga tidak boleh disorok secara rahsia lagi.

Masing-masing membalas kenyataan berpihak kepada sokongan mereka, pro Mahathir dan pro Anwar.

Sayonara PH Plus.

Dari FMT

PKR hari ini mengisytiharkan ia tidak menyokong cadangan mencalonkan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, sekiranya ia kembali membentuk kerajaan.

PKR berkata ia kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan presidennya, Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

“PKR tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Mahathir demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya,” katanya dalam kenyataan hari ini, menyusuli mesyuarat khas majlis pimpinan pusat bersama wakil-wakil rakyatnya.

Menurut kenyataan itu lagi, PKR menghargai usaha rakan-rakan dalam DAP dan Amanah yang konsisten menyokong pencalonan Anwar.


“Permasalahan berbangkit apabila Mahathir berpendirian mahu kembali buat kali ke-3 sebagai perdana menteri,” katanya.

PKR, tegasnya, komited untuk terus mengukuhkan PH, dan akan meneruskan usaha menggembleng tenaga dari semua pihak sefahaman.


“Pada masa yang sama PKR akan terus menumpukan tenaga dan bersiap siaga menghadapi pilihan raya umum mengejut yang mungkin dipanggil pada bila-bila masa,” katanya.

Perkembangan ini menyusuli perbezaan pandangan berhubung calon perdana menteri gabungan itu, yang sepatutnya diumumkan pada Selasa oleh PH, yang terdiri daripada gabungan PKR, Amanah, dan DAP, disokong Warisan di Sabah dan 4 ahli Parlimen yang menyokong Mahathir.

Pengumuman itu sebahagian dari kempen untuk kembali membentuk kerajaan menerusi undi tidak percaya.


FMT sebelum ini melaporkan PH bersetuju untuk menamakan Mahathir untuk jawatan tertinggi itu dengan Anwar Ibrahim sebagai timbalannya dengan perjanjian “hitam putih”.

Bagaimanapun, keputusan yang dilaporkan itu tidak mudah diterima penyokong Anwar, yang menuduh Mahathir memungkiri janji untuk menyerahkan jawatan itu kepada presiden PKR itu semasa pentadbiran 21 bulan PH.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/19/pkr-tak-sokong-dr-m-jadi-pm-ingatkan-anwar-konsensus-ph/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terbaru! DAP namakan Adly calon Ketua Menteri Melaka

 Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pak...