Sabtu, 20 Jun 2020

Rakyat pasti muak dan bosan sekiranya PH gagal capai kata sepakat perkara penting ujar Mujahid

Sememangnya rakyat sudah bosan dan menyampah dengan kerenah PH, sudahlah wabak Covid 19 belum lagi selesai sepenuhnya walaupun kes sudah semakin kurang, perangai berebut siapa jadi Perdana Menteri menampakkan PH ni adalah satu gabungan gila kuasa, bukan fikir pasal rakyat pun.

Usahlah sembang kata bila dapat kuasa akan jadi lebih baik, semua tahu muka-muka pemimpin PH sedang mengimpikan jawatan mereka kembali.


Sudahlah wahai PH, rakyat tetap membenci kamu, tidak kisahlah siapa jadi PM, baik Anwar, baik Mahathir.

Cukuplah 22 bulan kalian berkuasa, rakyat jelek dan loya dengan perangai kalian.


Dari Suara Merdeka

Ahli Parlimen Parit Buntar dari Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berharap, kegagalan Pakatan Harapan dalam mencapai sepakat dalam hal penting akan menjadikan rakyat muak dan bosan.

Jelas bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, rakyat menilai dan memerhati kesatuan dan persetujuan yang telah dibina oleh PH selama ini.





“Kesatuan dan persetujuan yang kita bina selama ini diperhati dan dinilai oleh rakyat, jangan sesekali kegagalan kita mencapai kata sepakat dalam hal penting ini, rakyat menjadi muak dan bosan dengan sikap kita.

“Lupakan sengketa, ikat kebimbangan dengan janji, biar jelas keingkarannya nanti jika niat untuk khianati, mana janji kita untuk kembali, jangan nanti mandat yang dicari rakyat dah mula benci!” kata Mujahid dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika ini Pakatan Harapan berada dalam persimpangan dalam memilih calon Perdana Menteri ke-9 jika gabungan itu berjaya membentu kerajaan semula.

Semalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membuat keputusan menolak cadangan mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-9.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dalam satu kenyataan berkata, satu mesyuarat khas bersama ahli Parlimen parti itu sudah diadakan dan mereka sebulat suara memilih Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calonnya.


Kenyataan PKR itu kemudiannya dibalas oleh Amanah dan DAP yang mahu memilih Dr. Mahathir sebagai calon perdana menteri kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal memperoleh sokongan.

Kedua-dua parti itu berkata, Anwar hanya dijangka mampu mendapat sokongan maksimum 96 Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri, sementara usaha Presiden PKR itu untuk menarik sokongan dari Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga tidak berjaya selepas tempoh dipersetujui tamat.

Sementara itu Mujahid berkata, PH boleh kembali selepas dihancurkan oleh pengacau dari dalam dengan memberi fokus terhadap ‘musuh’ sebenarnya.


Naib Presiden Amanah itu berkata, cukuplah PH berhadapan dengan satu musuh dari ‘kem pengkhinat’ , gabungan itu tidak perlu membuka ruang untuk berhadapan dengan ‘musuh’ baru atau lain.

“Seorang yang pada asasnya mahu menyertai kita melawan ‘musuh’ yang sama, kita harus terima dengan hati-hati, sebab itu perjanjian hitam putih sangat penting. Jangan melepaskan peluang membina kekuatan untuk berhadapan musuh kita yang semakin lemah.


“Jangan beri kekuatan kepada musuh sebenar dengan kita berpecah dan tidak boleh bersetuju pada asas yang sangat besar menentukan kita mengembalikan mandat yang dirampas. Itu seharusnya menjadi fokus!” kata Mujahid.-SM

https://suaramerdeka.com.my/cukuplah-satu-musuh-tak-perlu-buka-ruang-musuh-baru/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...