“Dalam PRU 15 UMNO akan lawan dengan Bersatu yang tinggal terkuntang-kanting tanpa sokongan PH. Bukan sahaja Muhyiddin yang akan kalah tetapi semua calon Bersatu akan kalah.
“Sejarah akan catat pengkhianatan Muhyiddin kepada rakyat yang telah beri kemenangan kepada PH.
“Saya tidak ingin bersama dengan Muhyiddin dan pengkhianatannya,” katanya dalam blognya hari ini.
Bekas Pengerusi Bersatu yang akhir-akhir ini kerap memberi sokongan teguh kepada DAP menyatakan, parti tersebut tidak mampu menghancurkan orang Melayu seperti dimomokkan sebelum ini.
Katanya, Muhyiddin menggunakan DAP untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya mereka menyertai gerakan menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) serta menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri.
“Bukan DAP yang boleh hancur orang Melayu. Orang Melayu yang boleh hancur DAP jika Menteri Dalam Negeri Melayu hanya batal sahaja pendaftaran DAP.
“Kuasa membatal ada pada Muhyiddin Yassin, jika ia nampak DAP akan hancur Melayu.
“Tetapi yang Muhyiddin berminat ialah mengguna DAP untuk menakut orang Melayu supaya mereka menyertai gerakan untuk jatuh PH dan dia menjadi Perdana Menteri dengan sokongan UMNO dan Pas,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
https://malaysiagazette.com/2020/06/25/saya-tidak-ingin-bersama-muhyiddin-tun-m/
Tiada ulasan:
Catat Komen