Rabu, 3 Jun 2020

Sultan Johor bubar Dewan Negeri jika berebut kuasa berlaku lagi

 Sultan Johor mengingatkan Dewan Negeri akan dibubarkan “serta-merta” jika berlaku lagi perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat.

Sultan Ibrahim kecewa perebutan kuasa berlaku dalam keadaan rakyat sedang susah.


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. (Gambar Bernama)


“Mereka langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi derita rakyat. Saya tidak boleh tengok rakyat menderita, dan tidak akan biarkan negeri dikucar-kacirkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sultan Ibrahim berkata rakyatnya akan diberi peluang untuk memilih wakil rakyat baru jika Dewan Negeri bubar.

“Saya harap kali ini pilihlah pemimpin yang betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat dan negeri, bukan untuk parti atau diri sendiri,” katanya.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/03/bubar-dewan-negeri-jika-berebut-kuasa-berlaku-lagi-kata-sultan-johor/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Muhyiddin sudah jadi seorang diktator dakwa Tun M

 KUALA LUMPUR Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang diktator. Menur...