Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, Pakatan Harapan (PH) setakat ini belum mencapai sasaran 129 kerusi Parlimen seperti yang disebar dalam spekulasi.
Walau bagaimanapun, sasaran itu boleh dicapai jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berganding dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Saya tidak berpendapat bahawa kami sudah ada 129 kerusi. Ia bagaimanapun bukanlah sesuatu yang mustahil jika percanggahan Dr. Mahathir dan Anwar dapat diselesaikan dan pengagihan jawatan dirundingkan dengan baik,” kata Chin Tong kepada Kwong Wah Yit Poh.
Chin Tong juga tidak menafikan kemungkinan berlaku pilihan raya kilat pada akhir tahun jika persetujuan berjaya dicapai antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Terdapat khabar angin bahawa Najib sedang melihat peluang yang diwujudkan COVID-19 dan faktor lain yang akan menyebabkan peratus mengundi menurun ke 60 peratus.
“Keadaan ini akan membolehkan UMNO dan Pas memenangi pilihan raya melalui sokongan penyokong tegar mereka,” katanya kepada Kwong Wah Yit Poh.
Sementara itu, Chin Tong yang juga Ketua DAP Johor memberitahu Sinchew Daily bahawa adalah menjadi kebimbangan PH bahawa Najib dan UMNO akan menghala ke arah pembubaran Parlimen.
“Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyelaraskan semula pengaruh Dr. Mahathir dan Anwar supaya mereka tidak dipecahkan oleh Muhyiddin dan Najib.
https://malaysiagazette.com/2020/06/05/ph-belum-peroleh-129-kerusi/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pemimpin Umno ada kes mahkamah jangan ugut keluar PN - Bersatu Kepong
Pemimpin Umno yang sedang melalui perbicaraan di mahkamah dinasihatkan supaya jangan melakukan ugutan politik mahu keluar daripada kerajaan ...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, Umno dan PAS sepatutnya menunggu hingga pilihan raya umum akan datang dan tidak “merampas” kerajaan Pa...
-
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai 'tidak masuk akal' (absurd...

Tiada ulasan:
Catat Komen