Rabu, 15 Julai 2020

Ahli Parlimen DAP gesa Zuraida percepat sediakan dasar pilihan raya kerajaan tempatan

Seorang ahli Parlimen DAP hari ini mencabar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mempercepatkan penyediaan dasar untuk pilihan raya kerajaan tempatan serta berjanji akan memberi sokongan penuh kepadanya.

Teresa Kok, ahli Parlimen Seputeh dan bekas menteri industri utama, dalam satu kenyataan berkata Zuraida sepatutnya bertindak daripada hanya bercakap mengenainya dan DAP sedia “berbincang” dengannya.




Katanya, beliau terkejut membaca kenyataan Zuraida yang tiada bekas rakan Pakatan Harapan menyokongnya semasa Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad menolak usahanya untuk pilihan raya kerajaan tempatan.

Zuraida berkata demikian di Parlimen hari ini ketika menjawab soalan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena), jika beliau mendapat sokongan Kabinet di bawah kerajaan Perikatan Nasional, kerana ia kini termasuk PAS yang membantah pilihan raya kerajaan tempatan.

Zuraida memberitahu Dewan Rakyat, tiada rancangan untuk pilihan raya kerajaan tempatan buat masa ini, tetapi perkara itu sedang dikaji kerajaan.


“Kajian itu akan merangkumi tempoh 3 tahun dengan hasilnya akan dibawa ke Kabinet dan Parlimen untuk kelulusan menjelang pertengahan 2021.”

Kok berkata, beliau belum dilantik ke Kabinet apabila dakwaan kejadian itu berlaku.

“Saya hanya angkat sumpah dalam kumpulan kedua. Bagaimanapun, sepanjang saya menjadi menteri Kabinet, saya tidak pernah melihat sebarang kertas Kabinet atau pembentangan mengenai pilihan raya kerajaan tempatan olehnya di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sebaliknya, saya hanya baca kenyataan lisannya mengenai perkara ini di dalam media beberapa kali.


“Jika beliau serius untuk pilihan raya kerajaan tempatan, beliau perlu mula mengadakan satu siri dialog dengan beberapa pihak berkepentingan dan NGO di seluruh negara, serta beliau kemudiannya patut membentangkan satu kajian dan satu cadangan padat kepada Kabinet, bukannya mengharapkan rakan Kabinetnya (atau bekas rakan Kabinet) menyokong kenyataan media lisannya.”


Beliau mendapati Zuraida memegang jawatan menteri perumahan dan kerajaan tempatan sejak PH memenangi pilihan raya umum pada 2018 dan beliau “mempunyai masa secukupnya untuk merancang serta menyediakan dasar komprehensif mengenai pilihan raya kerajaan tempatan di Malaysia”.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/07/14/ahli-parlimen-dap-gesa-zuraida-percepat-sediakan-dasar-pilihan-raya-kerajaan-tempatan/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Berdentum!! Musa Hitam bongkar yang Anwar Ibrahim sepatutnya sudah jadi Perdana Menteri...

 Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berpendapat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah menjadi Perdana Men...