Isnin, 27 Julai 2020

Kalau Tun M tidak letak jawatan…

Perletakan jawatan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan antara penyebab berakhirnya pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang hanya bertahan selama 22 bulan, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, PH masih merupakan kerajaan jika Dr. Mahathir tidak meletak jawatan pada masa itu.

“Jika Dr. Mahathir tidak meletak jawatan, maka semua masalah dalaman boleh diselesaikan secara dalaman,” katanya dalam wawancara bersama Sinchew Daily.


Anwar hanya menyedari tertipu selepas sekian lama kerana beliau sebelum ini memang percaya Dr. Mahathir akan menyerah jawatan PM kepadanya.



Menurut Anwar, beliau bagaimanapun sedar ramai orang menentangnya menjadi PM.

“Banyak orang dan ramai jutawan, termasuk seorang hartawan Melayu yang saya kenali, telah membantah (saya menjadi PM), saya tahu golongan yang rasuah turut menentang.

“Adakah anda percaya semua orang akan menyokong jika anda berbicara tentang kebebasan kehakiman? Tidak semua orang akan sokong jika anda bercakap tentang keadilan,” katanya.


Mengenai jawatan PM yang tidak kesampaian hingga hari ini, Anwar berkata, sebagai manusia biasa, beliau kadangkala juga merenung kenapa keadaan tidak saksama itu boleh berlaku.

“Saya sudah rajin bekerja, termasuk memilih untuk memaafkan dan menyokong Dr. Mahathir.


“Sepanjang tempoh 22 bulan Dr. Mahathir menjadi PM, saya tidak mewujudkan masalah, tetapi hanya bercakap ya ya ya sahaja. Saya sokong sahaja walaupun ada banyak perkara yang saya tidak setuju,” katanya.

Menurutnya, walaupun ramai penyokong marah atas sokongan yang diberikan kepada Dr. Mahathir pada masa itu, tetapi Anwar memilih mengutamakan kepentingan negara dan menyokong kepimpinan Dr. Mahathir.


Walau bagaimanapun, beliau tidak terlalu kecewa apabila tidak dapat mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

“Lagipun, saya masih mempunyai peluang yang baik,” katanya.

Mengenai penderhakaan dalaman yang telah berlaku, Anwar berkata, masalah melibatkan PKR dan Bersatu itu telah lama wujud.


“Kami semua tahu, tetapi nampaknya kami memilih untuk tidak menghalangnya kerana ada orang yang sanggup melihat ia  berlaku,” katanya. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/07/27/kalau-tun-m-tidak-letak-jawatan/

Tiada ulasan:

Catat Komen

MB Perak selamba 'sound' Bersatu, jangan curi ahli dan bertanding tempat UMNO

 UMNO Perak akan mempertahankan kerusi-kerusi tradisi miliknya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti sambil mengharapkan gandingan d...