Selasa, 21 Julai 2020

Kerajaan jamin tarif air tidak dinaikkan

Tarif air tidak akan dinaikkan ketika rakyat masih berdepan bebanan dan tekanan hidup berikutan penularan Covid-19.

Jaminan itu diberikan Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut meminta agar rakyat tidak perlu risau terhadap perkara itu.




Katanya, kerajaan akan menanggung kos dalam situasi sukar ini kerana prihatin di samping memberikan pelbagai tawaran tanpa menyusahkan rakyat.

“Kita jamin rakyat tidak perlu risau dalam situasi yang kritikal begini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen (Hulu Langat-PH), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.


Hasanuddin bertanya mengenai jaminan berkaitan kenaikan tarif air di Lembah Klang selepas kerajaan menyerahkan Loji Rawatan Air Langat 2 kepada Pengurusan Air Selangor bagi mengelakkan bebanan pengguna.

Sementara itu, Tuan Ibrahim menjelaskan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 adalah kritikal bagi memastikan kelangsungan bekalan air terawat di Lembah Klang sehingga 2025, di mana akan menaikkan rizab margin air terawat daripada 3.8 peratus kepada 10 peratus.


Katanya, kerajaan Persekutuan melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) melabur lebih RM4 bilion secara pinjaman untuk projek Langat 2 yang mampu membekalkan air terawat sebanyak 1,130 JLH apabila ia siap sepenuhnya pada 2023.


“Ini tidak termasuk peruntukan berjumlah kira-kira RM3.9 bilion bagi membawa air mentah dari Empangan Kelau di Pahang untuk dirawat di loji Langat 2,” ujarnya. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/07/21/kerajaan-jamin-tarif-air-tidak-dinaikkan/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Berdentum!! Musa Hitam bongkar yang Anwar Ibrahim sepatutnya sudah jadi Perdana Menteri...

 Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berpendapat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah menjadi Perdana Men...