Khamis, 30 Julai 2020

Kerana Adun lompat ke BN, Pemimpin Warisan mahu Dun dibubarkan

Kerana koyak sebab Warisan sudah tiada nombor, pemimpin Warisan tidak menerima keadaan ini, mereka mendesak untuk diadakan bubar Dun.

Mereka lupa agaknya, masa mereka dapat Sabah selepas PRU14 dulu, adun BN melompat ke untuk membolehkan Warisan menerajui  Sabah.

Pelik mereka buat boleh, tetapi bila kena dekat mereka, koyak teruk, tidak boleh hilang kuasa, nampak sangat perangai nakkaharom orang panggil.

Dari Suara Merdeka

Selepas dakwaan oleh Tan Sri Musa Aman bahawa beliau kini mempunyai sokongan yang cukup untuk menumbangkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, pemimpin Warisan Sabah meminta supaya diadakan pilihan raya segera.

Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan supaya rakyat dapat memberikan mandat baharu.


Foto - Borneo Today


Leiking juga mengkritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan yang dikatakan menyokong gabungan yang dibentuk oleh Musa dan mengatakan mereka semua adalah pengkhianat.

Ahli Parlimen Penampang itu terkejut dengan dakwaan bahawa ADUN terbabit berpaling tadah sedangkan sebelum ini telah menyatakan kesetiaan kepada Mohd Shafie.

“Ini satu pengkhianatan yang dahsyat terhadap mandat yang disokong oleh pendudukan Sabah sejak dua tahun lalu.


“Mereka berulang kali menyatakan kesetiaan dan menandatangani akuan kepada ketua menteri yang sah dan kerajaan negeri dan cukup pelik melihat mereka melakukan pusingan U,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today.

Oleh itu katanya, beliau secara peribadi mahu pilihan raya negeri di adakan segera.

Petang tadi, Musa mendakwa telah mendapat cukup sokongan untuk memiliki majoriti mudah bagi menubuhkan kerajaan baharu.


Musa juga berkata, akan menghadap Yang Dipertua Negeri secepat mungkin bagi mengerahkan akuan bersumpah ADUN yang menyokongnya.

Antara ADUN yang hadir pada sidang akhbar di rumah Musa di Luyang petang tadi ialah ADUN PKR Kenny Chua (Inanam), ADUN DAP yang dilantik, Ronnie,  ADUN Warisan,s Osman Jamal (Balung), Hamisa Samat (Tanjung Batu), Musbah Jamli (Tempasuk), Bolkiah Ismail (Pitas), Anita Baranting (Tandek) dan Abidin Madingkir (Paginatan) dari UPKO.


Oleh itu Leiking mendesak supaya dikembalikan kuasa kepada rakyat supaya mereka yang membuat keputusan dalam memilih kerajaan. – SM

Tiada ulasan:

Catat Komen

MB Perak selamba 'sound' Bersatu, jangan curi ahli dan bertanding tempat UMNO

 UMNO Perak akan mempertahankan kerusi-kerusi tradisi miliknya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti sambil mengharapkan gandingan d...