Rabu, 22 Julai 2020

Permohonan Tony Pua berhubung penarikan balik saman oleh Najib ditolak

Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee gagal memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan penarikan balik saman fitnah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadapnya.


Saman itu berkaitan pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) atau RUU355.



Panel tiga hakim diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk P. Nallini memutuskan bahawa permohonan Pua tidak memenuhi kehendak di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan syarat-syarat rayuan.

“Inti pati hujah peguam Datuk Malik Imtiaz yang mewakili Pua ialah anak guamnya telah berdepan prasangka kerana Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan perintah injunksi terhadapnya dan kemudian bekas perdana menteri itu tiba-tiba memutuskan untuk menarik balik saman tersebut.


“Oleh itu, permohonan untuk mendapatkan kebenaran oleh perayu (Pua) ditolak,” kata Nallini yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Rhodzariah Bujang.

Mahkamah itu kemudian memerintahkan Pua membayar RM20,000 kepada Najib sebagai kos.


Pua memohon kebenaran untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Okt 2019 yang membenarkan sebahagian daripada rayuannya.


Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer telah membenarkan Pua menerima ganti rugi selepas Mahkamah Tinggi pada 2018 membenarkan permohonan Najib untuk menarik balik saman fitnah terhadapnya (Pua) berkaitan pembentangan RUU355.

https://malaysiagazette.com/2020/07/22/permohonan-tony-pua-berhubung-penarikan-balik-saman-oleh-najib-ditolak/

Tiada ulasan:

Catat Komen

MB Perak selamba 'sound' Bersatu, jangan curi ahli dan bertanding tempat UMNO

 UMNO Perak akan mempertahankan kerusi-kerusi tradisi miliknya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti sambil mengharapkan gandingan d...