Selasa, 14 Julai 2020

PN lebih kuat selepas PRU-15 – Penganalisis

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mampu bertahan sehingga akhir tempoh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2023 walaupun berbekalkan kelebihan tiga kerusi di Dewan Rakyat.

Penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, PN juga mempunyai peluang cerah untuk kekal sebagai kerajaan dengan majoriti lebih banyak sekiranya berlaku PRU-15 secara mengejut.




Katanya, berdasarkan pengalaman PRU-11, Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan besar selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas peletakan jawatan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Tiada apa perlu dibimbangkan sekalipun PRU mengejut terpaksa dilangsungkan nanti, kerana pengalaman PRU-11 menunjukkan siapa sahaja yang menjadi pengganti kepada Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri akan memperolehi kemenangan besar dalam PRU seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas jumlah undi yang diperoleh PN ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan usul meminta penyandang Speaker, Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusuf mengosongkan kerusi pada sidang Dewan Rakyat semalam.


Dalam pengundi itu, 111 Ahli Parlimen PN mengundi sokong, manakala 109 dari Pakatan Harapan (PH) mengundi tidak sokong, manakala seorang Ahli Parlimen tidak hadir dan seorang lagi berkecuali kerana mempengerusikan sidang.

Dengan jumlah itu, dapat direkodkan PN mempunyai 113 Ahli Parlimen, termasuk seorang yang tidak hadir kerana uzur, dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang berkecuali kerana mempengerusikan sidang, manakala PH pula seramai 109 orang.


“Kita ambil juga contoh Pas Kelantan. Pada PRU11, parti itu mentadbir kerajaan negeri dengan kelebihan satu kerusi sahaja. Ketika itu Pas menang 23 kerusi, BN dapat 22 kerusi.

https://malaysiagazette.com/2020/07/14/pn-lebih-kuat-selepas-pru-15-penganalisis/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Umno utus surat ‘rasmi’ kepada Muhyddin tamatkan kerjasama pada PRU-15?

 PETALING JAYA: Annuar Musa mendesak pimpinan parti mengesahkan sama ada Umno mengutus surat kepada Muhyiddin Yassin memaklumkan tidak akan ...