Jumaat, 31 Julai 2020

PRK Slim, PH tidak bertanding, beri ruang kepada kem Mahathir kata Saifuddin

Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan bahawa gabungan pembangkang itu bersetuju memberi ruang kepada kumpulan Bersatu yang memihak kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim akan datang.


Keputusan itu dicapai selepas mesyuarat Majlis Presiden PH yang memutuskan untuk tidak bertanding dan membuka ruang kepada Bersatu 'Blackout' untuk berbuat demikian.

Ketika dihubungi, Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa PH tidak akan bertanding pada PRK yang dijadual pada 29 Ogos ini.


"PH bersetuju tidak bertanding. Akan memberi ruang kepada Bersatu Tun (Bersatu Blackout) bertanding," katanya kepada Malaysiakini ketika membalas teks mesej menerusi WhatsApp.

Beliau turut memberitahu bahawa adalah terpulang kepada parti berkenaan untuk menentukan calon yang bakal bertanding.


Beliau mendakwa ini selepas seorang ahli Majlis Presiden PH memberitahu bahawa gabungan pembangkang tidak akan bertanding pada PRK itu nanti.

Susulan itu, Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata bahawa mereka akan berbincang dengan kem Dr Mahathir berhubung calon PRK Slim.


PRK Slim mencuri tumpuan kerana ia akan menjadi medan pertama melibatkan Perikatan Nasional dan PH, yang tidak bertanding pada pilihan raya kecil Chini.

Kerusi DUN Slim kosong selepas penyandangnya dari BN, Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, meninggal dunia pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung.




Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Dun Slim diadakan pada 29 Ogos, hari penamaan calon pada 15 Ogos, manakala tarikh mengundi awal pada 25 Ogos.

Pada PRU ke-14, lalu Khusairi memenangi kerusi DUN Slim dengan menewaskan calon Bersatu, Mohd Amran Ibrahim dan Muhammad Zulfadli Zainal dari PAS.


Allahyarham memperoleh 8,327 undi dengan majoriti 2,183 undi.

Baca Seterusnya https://www.malaysiakini.com/news/536891?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Hot!] Jangan anggap PN kerajaan yang lemah – Razali

 KUALA LUMPUR – Jangan menganggap Perikatan Nasional (PN) sebagai satu kerajaan yang lemah atau tidak berwibawa. Ini kerana kerajaan PN tela...