Isnin, 20 Julai 2020

'Saya petik jari Infinity' Bersatu berpecah dan PH terus tumbang kata Najib

Perpecahan yang berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada kumpulan tertentu dipercayai berpunca daripada Datuk Seri Najib Tun Razak, menurut bekas Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad.

Faktor perpecahan itu juga dikatakan terdapat hasutan daripada Najib Razak kepada beberapa pemimpin Bersatu untuk membentuk kerajaan baharu bersama PAS termasuk menawarkan jawatan dalam kabinet.




“Malangnya, dalam parti kita (Bersatu) ada yang nampak peluang nak jadi perdana menteri.

“Dengan perpisahan ini, kita jadi parti yang berpecah, bukan bersatu lagi.”

Demikian kata Mahathir dalam ucapannya ketika program Blackout Bersatu bersama saki-baki penyokongnya yang masih berada di dalam parti Bersatu.

Untuk rekod, kerajaan PH tumbang pada hujung Februari lalu apabila Dr. Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri setelah diasak bertubi-tubi oleh pemimpin DAP dan PKR supaya serahkan jawatan PM dengan segera kepada Anwar Ibraim sebelum bulan Mei yang lalu.


Insiden politik itu menyebabkan keadaan politik dan pentadbiran negara menjadi kucar kacir di tengah-tengah tersebarnya wabak Covid-19 di dalam negara dan seluruh dunia.

Akhirnya Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri setelah Yang di-Pertuan Agong melakukan undian dengan kaedah menemuduga setiap seorang ahli parlimen samada untuk memilih antara 2 calon ketika itu iaitu Muhyiddin ataupun Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Sejurus tersebarnya ucapan Mahathir itu, Najib pula telah memuatnaik satu kenyataan di Facebooknya sebagai respon terhadap tuduhan Mahathir itu.


"Saya petik jari sarung infiniti je, Bersatu dah Berpecah dan kerajaan pun tumbang."

"Petik kali kedua, geng dia terus blackout."

"Tak percaya? Tanya, PM4/7/7i." sindir Najib

Posting Najib mendapat lebih 18 ribu sukaan.

https://www.tuncarlos.com/2020/07/saya-petik-jari-infinity-je-bersatu.html

Tiada ulasan:

Catat Komen

Umno utus surat ‘rasmi’ kepada Muhyddin tamatkan kerjasama pada PRU-15?

 PETALING JAYA: Annuar Musa mendesak pimpinan parti mengesahkan sama ada Umno mengutus surat kepada Muhyiddin Yassin memaklumkan tidak akan ...