Ahad, 16 Ogos 2020

ADUN Batang Kali umum keluar Bersatu, sokong Tun M

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Harumaini Omar hari ini mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Turut bersama keluar bersama beliau adalah 1,800 ahli Bersatu Hulu Selangor.



“Bahawasanya saya Harumaini Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali dengan ini mengisytiharkan keluar dari Bersatu berkuat kuasa mulai 15 Ogos 2020.


“Saya juga mengisytiharkan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya pada satu kenyataan media.

Beliau berkata dirinya akan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menubuhkan parti baharu yang bernama Parti Pejuang tidak lama lagi.

Harumaini juga berkata, beliau dan 1,800 ahli Bersatu Hulu Selangor sudah menandatangani surat peletakan jawatan sebagai ahli parti itu.


Minggu lalu, ADUN Jeram Mohd Shaid Rosli mengumumkan keluar dari Bersatu dan turut menyokong parti Dr Mahathir.

Turut mengikut langkah beliau adalah 21 ahli jawatankuasa bahagian, ketua cawangan dan majoriti ahli parti itu di Kuala Selangor.

Mohd Shaid berkata, tindakan dilakukan selepas merasakan perjuangan parti itu tersasar daripada objektif asal penubuhannya, iaitu untuk melawan sebuah kerajaan keleptokrasi dan menggantikan parti Bersatu sebagai wadah perjuangan orang Melayu.


Kedua-dua mereka juga dilihat hadir pada sidang media penubuhan parti baharu berkenaan bersama ADUN Kuang, Salehuddin Amiruddin Jumaat lalu. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Komen

Berdentum!! Musa Hitam bongkar yang Anwar Ibrahim sepatutnya sudah jadi Perdana Menteri...

 Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berpendapat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah menjadi Perdana Men...