Isnin, 3 Ogos 2020

Ahli Parlimen, ADUN lompat parti menjijikkan kata Ketua Amanah Bandar Tun Razak

Fenomena lompat parti dalam kalangan ahli politik amat menjijikkan kerana ia boleh melibatkan kejatuhan sesebuah kerajaan sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.

Perkara itu amat buruk kerana ia telah melibatkan pengkhianatan kepada kepercayaan rakyat dan mandat rakyat memandangkan undi yang diberikan adalah berdasarkan kepercayaan rakyat kepada parti yang bertanding.




Tetapi kepercayaan itu dikhianati oleh Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah bertukar keluar parti atau menukar ke parti yang lain.

Ir. Hayatul Kamil, Ketua Amanah Parlimen Bandar Tun Razak berkata, budaya itu telah berlaku di Malaysia dengan meriahnya sejak “Langkah Sheraton” dan jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dakwa beliau, usaha ini masih berjalan di Pulau Pinang dan Selangor.

Tetapi gerakan untuk menumbangkan Parti Warisan Sabah gagal walaupun ramai ADUN di sana berjaya dibeli sehingga bernilai RM35 juta.

Antara ADUN Sabah yang mengaku ditawarkan habuan untuk berpaling tadah daripada kerajaan Warisan ialah Dumi Pg Masdal.

Dumi mendakwa dijanjikan bayaran RM5 juta untuk meninggalkan Warisan dan RM20 juta untuk menjadi menteri Sabah.


Hayatul berkata, tindakan pantas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah menyebabkan DUN negeri dibubarkan.

Ahli Parlimen atau ADUN yang keluar parti menerima tawaran wang ringgit bernilai jutaan ringgit supaya mereka meninggalkan parti asal, selain itu jawatan dan pangkat juga ditawarkan.


Budaya ini menular pula ke beberapa buah negeri seperti Melaka, Kedah, Johor, yang menyebabkan kerajaan negeri-negeri tersebut jatuh ke tangan kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

”Dalam suasana hari raya Aidiladha ini, rakyat Malaysia sepatutnya dihidangkan dengan kegembiraan sepertimana Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail apabila Allah Taala
menerima ibadah kurban mereka.


”Dari peristiwa ini erti pengorbanan dipatuhi dari Tuhan Yang Esa, setiap arahan agama wajib dilaksanakan, begitulah pengorbanan amanah dan tanggungjawab kepada parti dan rakyat tidak boleh seleweng dengan mudah meninggalkan parti,” katanya. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/08/02/ahli-parlimen-adun-lompat-parti-menjijikkan-amanah/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Berdentum!! Musa Hitam bongkar yang Anwar Ibrahim sepatutnya sudah jadi Perdana Menteri...

 Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berpendapat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah menjadi Perdana Men...