Khamis, 6 Ogos 2020

Akhbar Cina kini sudah beralih arah sokong PN dakwa bekas Menteri

Perlu diingat, teknik tuju masalah terhadap perkara menguntungkan memang kepakaran pemimpin D4P. Sebagai contoh apa yang dibangkitkan oleh bekas Menteri Kewangan berkenaan media Cina sudah tidak peduli akan pembangkang (D4P/PH) tetapi sudah beralih sokong kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Mengapa pula bekas Menteri ini boleh mengatakan sebegitu? Mungkin kepimpinan D4P nampak seperkara yang cukup genting kepada D4P bila pengundi Cina sudah tidak percaya akan parti yang popular itu.





Mana tidaknya setelah D4P dalam parti gabungan PH memerintah 22 bulan, segala onar dan perilaku pemimpin dan bekas Menteri PH sendiri memberi imej yang cukup menjelekkan.

Bukan hanya Melayu, semua kaum sudah nampak pekung sebenar bila PH memerintah, mana mungkin rakyat boleh lupa.

Namun, taktik simpati, ibarat menjadi mangsa, itulah strategi licik yang digunakan oleh D4P, ilmu ini memang digunakan sepenuhnya ketika PRU 14, hari-hari media cerita perihal kes mahkamah Banglow, bukan hanya di surat khabar, malah di TV3 hari-hari ceritakan keburukan parti D4P dan bekas Menteri itu.

Apa jadi? Keputusan PRU14 membuktikan, elemen simpati, benci kerajaan BN kerana membuli dan lakonan menjadi mangsa adalah peluru paling berkesan membutakan pengunci Cina untuk mengundi parti D4P.

Lihat sahaja kerusi D4P menang, jumlah majoriti jangan cakaplah. Ingat politik ini seninya bermcama-macam, hanya 'master' sahaja faham dan gunakan untuk kepentingan.

Dari Suara TV

Cyberjaya – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa, media arus perdana utama berbahasa Cina kini beralih arah dengan memberi lebih banyak ruang kepada Perikatan Nasional berbanding pembangkang.

Menurut Guan Eng, sejak Perikatan Nasional mengambil alih pentabiran kerajaan beberapa orang wartawan kanan media arus perdana utama berbahasa Cina kini memainkan peranan yang aktif dalam mendukung dasar-dasar Perikatan Nasional.


“Sebelum pertukaran Kerajaan Persekutuan, media arus perdana bahasa Cina utama akan memberikan ruang liputan yang lebih besar kepada parti-parti pembangkang berbanding kerajaan PH.

“Namun, selepas kerajaan PN mengambil alih, keadaan menjadi terbalik. Malah, beberapa orang wartawan kanan mereka memainkan peranan yang aktif mendukung dasar-dasar PN,” kata Guan Eng.

Ahli Parlimen Bagan itu mendakwa, perubahan ‘sikap’ media arus perdana utama bahasa Cina adalah kesan tindakan kerajaan terhadap media ketika ini termasuk tindakan ke atas Al Jazeera, Astro dan Unifi TV.

Guan Eng mendakwa tindakan ke atas ketiga-tiga agensi media itu mempunyai kesan yang buruk terhadap prinsip kebebasan akhbar dan maklumat serta ke atas profesionalisme pengamal media.

“Ini kerana, demi mengelak daripada tindakan perundangan di masa depan, pengamal media akan terpaksa mengamalkan tapisan kendiri.

“Keadaan ini sudah terbukti bukan setakat dalam media arus perdana bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, malah dalam media bahasa Cina,” kata Guan Eng.

Dua hari lalu polis melakukan pemeriksaan mengejut ke atas pejabat stesen penyiaran antarabangsa Al Jazeera.

Selain Al Jazeera, pemeriksaan turut dijalankan terhadap Astro dan Unifi TV yang turut memaparkan dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pemeriksaan dijalankan selepas pihaknya menerima waran untuk melakukan penggeledahan dari Jabatan Peguam Negara.


Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut, Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani Covid-19.


Guan Eng mendakwa, tindakan terhadap Al Jazeera, Astro dan Unifi TV menunjukkan bahawa PN tidak mempedulikan prinsip kebebasan akhbar dan maklumat.

“Mereka lebih berminat untuk membungkam suara alternatif bagi memaksa pematuhan dan mewujudkan iklim autoritarian yang tidak boleh menerima sebarang kritikan, waima pandangan yang bernas.


“Demi kepentingan awam, kerajaan perlu menghentikan tindakan sedemikian serta merta jika PN betul-betul komited untuk mendukung demokrasi, akauntabiliti dan ketelusan,” kata Guan Eng.

https://suara.tv/06/08/2020/media-bahasa-cina-mula-beralih-arah-sokong-pn-kata-guan-eng/

Tiada ulasan:

Catat Komen

MB Perak selamba 'sound' Bersatu, jangan curi ahli dan bertanding tempat UMNO

 UMNO Perak akan mempertahankan kerusi-kerusi tradisi miliknya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti sambil mengharapkan gandingan d...