Khamis, 27 Ogos 2020

Apa yang urgent sangat beli ink toner pun direct nego?, netizen tanya Anthony Loke

Kerajaan mendedahkan senarai 101 projek yang dikatakan diberi secara rundingan terus (RT) sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dahulu.


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Kementerian Pengangkutan mendahulu senarai sebagai pemberi tender paling besar dengan nilai sebanyak RM4.47 bilion untuk empat projek.



Antara yang menarik perhatian adalah pembelian ink/toner oleh Kementerian Pengangkutan dibawah pentadbiran Anthony Loke (DAP) yang turut disenaraikan sebagai projek rundingan terus.

Netizen mempersoalkan apakah kewajaran pembelian ink/toner yang dibuat secara rundingan terus tersebut, adakah ia menepati kehendak dan keperluan yang mendesak seperti yang telah digariskan oleh kementerian?





“Apa yg urgent sgt sampai beli ink toner pun direct nego juga utk Kementerian Pengangkutan (Anthony Loke - DAP)? Jenama apa tu??? 😅😅🤣. Hebat betul ye korang buat kerja. 🙄🤣🤣.” komen Farouk Km.



“PH ni, sampai beli ink toner pun nak direct nego. Atok lu....🤦‍♀️.” komen Tun Carlos.





“Apa yg urgent sgt sampai beli ink toner pun direct nego juga utk Kementerian Pengangkutan? Jenama apa lah ink toner tu kiikii.” komen Dania Daniel.

https://cin-ca.blogspot.com/2020/08/apa-yang-urgent-sangat-beli-ink-toner-direct-nego.html

Tiada ulasan:

Catat Komen

Berdentum!! Musa Hitam bongkar yang Anwar Ibrahim sepatutnya sudah jadi Perdana Menteri...

 Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berpendapat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah menjadi Perdana Men...