Jumaat, 7 Ogos 2020

Bekas Menteri anggap dirinya tak bersalah, tidak mengamalkan rasuah

Lim Guan Eng hari ini menganggap beliau tidak mengamalkan rasuah berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang dengan berkata, beliau akan berjuang untuk menolak kes pendakwaan.


“Saya tegaskan bahawa tidak ada suapan sedemikian. Ini adalah projek tender terbuka,” katanya kepada pemberita selepas membayar separuh daripada wang ikat jamin RM1 juta untuk kes rasuah beliau hari ini.



"Ini pun tidak ditanyakan SPRM, mana suapan saya samada dalam bentuk wang tunai ataupun dalam akaun bank saya. Tak ada puluhan juta, tak ada billion ringgit. Di mana rasuah?". soal Guan Eng

“Satu sen pun tidak dibayar untuk projek itu,” tambahnya.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu juga mendakwa pertuduhan terhadapnya tidak berasas dan “bertujuan politik” untuk mencemarkan imejnya sebagai ahli Parlimen pembangkang.


“Saya menegaskan bahawa kami akan meneruskan perjuangan menentang rasuah. Saya serahkan kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya,” katanya.

Lim juga merupakan bekas menteri kewangan dari 2018 hingga Februari tahun ini di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Peguam beliau, Gobind Singh Deo berkata, tuduhan terhadap anak guamnya di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu tidak berasas kerana pihak pendakwaan tidak menyatakan jumlah sebenar nilai suapan dalam pertuduhan.


“Pihak pendakwaan akan mengemukakan dokumen kepada kami dan kami akan menelitinya,” kata Gobind, yang juga merupakan timbalan pengerusi kebangsaan DAP.

Beliau berkata, Lim akan berdepan berdepan beberapa pertuduhan lain di Pulau Pinang minggu depan dan pihak pembelaan tidak jelas mengenai sifat kesalahan yang didakwa.


Lim berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang bagi mendapatkan upah 10% daripada keuntungan projek jalan dan terowong di negeri itu daripada pengarah kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli. -FMT

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/07/guan-eng-ikrar-bersih-nama-di-mahkamah/

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gaduh besar] Bersatu, UMNO bertelagah kemelut lantik ketua kampung di Johor

Ketika hubungan Bersatu dan Umno didakwa bermasalah, pimpinan dua parti itu bertelagah lagi. Kali ini di Johor dan menyentuh isu kemelut ...