Jumaat, 7 Ogos 2020

[Berapi] Terowong: Guan Eng mengaku tak bersalah minta upah 10% bantu syarikat dilantik

Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Mahkamah Sesyen hari ini mengaku tak bersalah terhadap tuduhan rasuah berkaitan projek terowong dasar laut dan jalan.


Menurut kertas pertuduhan, Lim dituduh, semasa menjawat jawatan ketua menteri, secara rasuah meminta bagi diri sendiri balasan berupa 10% daripada keuntungan yang akan diperolehi kelak daripada Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, sebagai upah membantu syarikat itu dilantik untuk melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut dan jalan.



Lim, yang juga setiausaha agung DAP, dituduh mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, bagi kesalahan menerima rasuah.

Zenith dianugerahkan kontrak untuk melaksanakan projek terowong dasar laut itu yang menghubungkan pulau dengan tanah besar serta 3 jalan utama.


Lim didakwa melakukan kesalahan itu pada Mac 2011, berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur.

Akta memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun, dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.


Mahkamah membenarkan Lim diikat jamin RM1 juta, iaitu RM500,000 dibayar hari ini manakala baki dibayar pada Isnin. Beliau juga diarah menyerahkan pasport kepada mahkamah.


Hakim Azura Alwi menetapkan 9 September untuk sebutan.

Lim, yang ditahan SPRM semalam, tiba di kompleks mahkamah Kuala Lumpur selepas 9 pagi tadi. Beberapa pemimpin kanan DAP seperti Lim Kit Siang, Tan Kok Wai, dan P Ramasamy tampil bagi menunjukkan sokongan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/07/guan-eng-berdepan-tuduhan-rasuah-tiba-di-mahkamah/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Umno utus surat ‘rasmi’ kepada Muhyddin tamatkan kerjasama pada PRU-15?

 PETALING JAYA: Annuar Musa mendesak pimpinan parti mengesahkan sama ada Umno mengutus surat kepada Muhyiddin Yassin memaklumkan tidak akan ...