Berita hangat pada sebelah petang tadi masih belum disahkan oleh SPRM walau sebelum itu portal SuaraTV melaporkan bekas Menteri itu sudah ditahan SPRM.
Hangat yang bukan kepalang kerana sejak jam 8.00 malam masih berlegar cerita bekas Menteri itu ditahan, malah menurut sumber yang diperoleh memang bekas Menteri itu sudah berada di SPRM pada jam 9.15 malam di Twitter Malaysia Gazette https://twitter.com/MalaysiaGazette/status/1291362349006241793
Kita tunggu berita menyusul.. ini kerana media arus perdana masih belum lagi membuat laporan yang masih samar-samar, adakah ditahan atau tidak itu tidak pasti.
Dari Suara TV
Cyberjaya – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung laporan penahanan bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
SuaraTV telah cuba untuk menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Bakri bagi mendapatkan pengesahan.
Namun sehingga berita ini ditulis masih tiada sebarang jawapan.
Terdahulu sumber SuaraTV mendakwa Guan Eng telah berada dalam tahanan SPRM untuk tindakan lanjut.
Menurut sumber tersebut Guan Eng yang juga merupakanbekas menteri kewangan itu ditahan berhubung skandal projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya bernilai RM6.3 bilion.
DAP sebelum ini memaklumkan Guan Eng telah berjumpa dengan kumpulan peguamnya bagi membincangkan mengenai kemungkinan dirinya ditahan minggu ini.
Berita Lanjut Menyusul
https://suara.tv/06/08/2020/sprm-belum-sahkan-berhubung-laporan-guan-eng-ditahan/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MB Perak selamba 'sound' Bersatu, jangan curi ahli dan bertanding tempat UMNO
UMNO Perak akan mempertahankan kerusi-kerusi tradisi miliknya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti sambil mengharapkan gandingan d...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Agak mengejutkan setelah ura-ura kerajaan Warisan akan terlungkup, rupa-rupanya ia sangat menjadi kenyataan pada hari ini menurut portal Sua...
-
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak perlu berlakon untuk menunjuk kononnya bersimpati atau mengambil berat soal kebajikan penjawat aw...

Tiada ulasan:
Catat Komen