Selasa, 4 Ogos 2020

Berpecah untungkan D4P bukannya parti Melayu, satu lawan satu adalah jalan penyelesaianya pada PRU15 nanti

Ketika negara dalam keadaan yang agak kelam kerana wabak Covid-19, datangnya pula krisis politik yang membawa kepada kerajaan baharu pimpinan Muhyiddin Yassin, Perikatan Nasional yang didalamnya ada beberapa parti berpengaruh bersama untuk menstabilkan keadaan negara tercinta ini.


Melayu kuat kerana kuasa, kalau berpecah lagi dan lagi, alamatnya tiket parti yang dianggap musuh ketat iaitu D4P pasti medominasi selepas PRU15 nanti.


Foto - Fb Dato' Tuan Guru Haji Hadi Awang

Perlu diingat salah percaturan, iaitu masih ingin lawan tiga penjuru, memang tidak mampu lagi diubah atau ditafsirkan, terimalah kenyataan parti Melayu akan tengelam sekiranya berlaku pertandingan beberapa penjuru di Parlimen-Parlimen Melayu.


Kalau diikutkan kata-kata pentaksub parti oren, D4P partinya hanya 40 kerusi tetapi bagaimana pula mereka boleh mendominasi?

Matematiknya mudah, selepas PRU14 sudah ada jawapan apa yang berlaku, walaupun jangka hayat PH hanya 22 bulan, tetapi perkara yang berlaku pada masa 22 bulan itu adakah dengan mudah kita semua boleh lupakan?

UMNO, PAS atau BERSATU, perlu ada titik persamaan yang sepatutnya memikirkan perkara ini, sekiranya hanya dengan kata-kata tegar-tegar ahli parti terutama UMNO/Bersatu, mereka kata UMNO/Bersatu kuat, tidak kisah berlakunya 3 penjuru.


Jangan sesekali kita semua amat mudah dipengaruhi ego, kerana ego memang pasti tidak menguntungkan langsung, jadi berlaga angin atau bertepuk keras sesama sendiri, harap diselesaikan di meja rundingan, kalau tidak, usah bermimpi kuasa mutlak itu hanya pekat dimainkan dimulut sahaja, hakikatnya ianya hanya mimpi jika perpecahan kita pilih.

Jadi perkukuhkan Muafakat Nasional, yang penting PRU15 satu lawan satu. Jangan beri seinci pun parti D4P berkuasa semula. Ingat tu.

Tukang Tulis


Sinar Harian

Muafakat Nasional boleh menang PRU15 jika satu lawan satu

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, MN boleh melepasi majoriti mudah 112 kerusi Parlimen dan tidak mustahil dua pertiga iaitu 148 kerusi jika bertanding satu lawan satu berdepan Pakatan Harapan serta mengelakkan sabotaj dalam kalangan tiga parti Melayu tersebut.


“Sekiranya gabungan ini bertanding dua penjuru, besar lagilah kita punya kemenangan. Apa yang penting ialah dua penjuru. Ini mesti kita tegaskan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/94974/BERITA/Politik/Muafakat-Nasional-boleh-menang-PRU15-jika-satu-lawan-satu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gempar] Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

 CYBERJAYA – Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin me...