Sabtu, 15 Ogos 2020

Calon pro Mahathir akan beri khidmat terbaik sekiranya menang PRK Slim

Calon bebas di PRK Slim River menggunakan logo Pokok, dari segi kayakinan, nampaknya ada tersirat yang cuba disampaikan, kekalahan sudah pasti, kemenangan itu pula hanyalah teka-teki.

Tun M pula ingin membuat percubaan parti baharu yang bakal didaftar tidak lama lagi, dari segi penerimaan rakyat, gabungan parti pembangkang dan cita-cita menjadi parti kuasa ke-3 pada PRU15 nanti.



Foto - FMT

Namun PKR pula diam membisu, tidak langsung memberi kata-kata menyokong terhadap calon pro Tun M ini.

Cuma boleh cakap, calon ini memang dijadikan eksperimen oleh Tun M semata-mata, kalau rakyat nampaknya menolak habis parti pro Tun, maaf cakap, selamat tinggal sahaja sisa-sisa perjuangan parti Pejuang itu.


Dari FMT

Calon bebas harap isu bukan anak tempatan tak pengaruhi pengundi PRK Slim

Calon bebas yang mewakili kumpulan Dr Mahathir Mohamad berharap isu bukan anak tempatan tidak menjadi faktor yang akan mempengaruhi pengundi memilih calon berkredibiliti pada Pilihan Raya Kecil Slim.

Amir Khusyairi Mohamad Tanusi juga berikrar akan menawarkan khidmat terbaik untuk penduduk di Slim, jika beliau menang pada 29 Ogos ini.


“Pihak saya dan rakan-rakan jentera saya ingin bawa aspirasi baik dan nilai murni. Saya juga akan tawar idea-idea saya kepada penduduk Slim,” katanya selepas pengumuman calon di Majlis Daerah Tanjung Malim hari ini.

Sebelum itu, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dilaporkan berkata, Amir ialah peguam berasal dari Teluk Intan dan beliau sepatutnya bertanding di sana.


Amir Khusyairi yang bertanding menggunakan simbol pokok berkata, Mahathir belum membuat keputusan untuk turun membantunya berkempen.

“Tun belum buat sebarang keputusan.”

Sementara itu, calon BN, Mohd Zaidi Aziz berkata, kerjasama Umno, PAS dan PPBM mampu meyakinkan rakyat untuk mengundinya.

Baca selanjutnya...
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/15/calon-bebas-harap-isu-bukan-anak-tempatan-tak-jadi-faktor-pengaruhi-pengundi/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Berdentum!! Musa Hitam bongkar yang Anwar Ibrahim sepatutnya sudah jadi Perdana Menteri...

 Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berpendapat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah menjadi Perdana Men...