Isnin, 3 Ogos 2020

Ekonomi Sabah merudum semasa Warisan ambil alih kata Najib

KUALA LUMPUR: Menerusi akaun Facebooknya, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa ekonomi Sabah merudum pada tahun 2018 selepas pentadbiran kerajaan negeri bertukar tangan.

Menurut beliau, dalam tempoh 8 tahun sebelum PRU14, kadar pertumbuhan ekonomi Sabah adalah lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan negara.


Foto - Uca News


Kata Najib, “Misalnya pada tahun 2017, kadar (pertumbuhan) Sabah adalah 8.2% iaitu paling tinggi antara semua negeri dan lebih tinggi berbanding kadar 5.9% bagi seluruh Malaysia”.

Sementara pada tahun 2016, Sabah mencatatkan pertumbuhan 4.7% berbanding kadar 4.2% untuk Malaysia, tambah Najib lagi.

“Secara am, ekonomi Sabah telah berkembang pada kadar lebih pesat berbanding purata untuk negeri-negeri lain sebelum parti Warisan mengambil alih”.

“Namun pada tahun 2018, kadar pertumbuhan Sabah jatuh ke 1.5% iaitu paling rendah antara SEMUA negeri-negeri dalam Malaysia, paling rendah sejak 10 tahun yang lalu dan lebih rendah berbanding kadar pertumbuhan 4.7% Malaysia”.





Dakwa beliau, ini bermakna Sabah semakin ketinggalan dengan negeri-negeri lain bermula tahun 2018.

Jelas beliau, jika diperhatikan, kerajaan PH terdahulu dan kerajaan Warisan Sabah tidak pernah melancarkan dan melaksanakan pelan strategik yang wajar bagi pertumbuhan Sabah.


Projek-projek yang sedia ada dimansuhkan atau dilambatkan seperti Pan Borneo Sabah pada masa bantuan kepada Warga Sabah diturunkan, katanya.


Najib turut mendakwa, projek-projek baru bawah Warisan seperti empangan Papar RM3 bilion diberi kepada kroni syarikat terowong Pulau Pinang yang bertapak di semenanjung manakala projek untuk penyelenggaraan jalan berturap Sabah bernilai RM1.5 bilion pula diberi kepada 5 syarikat secara rundingan terus termasuk ke sebuah syarikat yang terlibat dengan rasuah Menteri Sabah Peter Anthony.

“Itu antara sebab-sebab ekonomi Sabah dijangka semakin lembab di bawah Warisan”, jelas Najib diakhir hantarannya.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Berdentum!! Musa Hitam bongkar yang Anwar Ibrahim sepatutnya sudah jadi Perdana Menteri...

 Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berpendapat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah menjadi Perdana Men...