Diatas kertas, cara Mahathir tetap sama, strategi pecah dan perintah, dia sendiri tahu, akibat perpecahan kaum Melayu, sudah pasti yang bakal ketawa adalah parti D4P.
Foto - FMT
Dahulu keluar Umno sebab tidak puas hati dengan Najib, tubuh Bersatu, bila kerajaan PH runtuh, dia pula tidak dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-8, tidak puas hati pula, sedangkan dia sendiri setuju untuk Bersatu keluar Pakatan Harapan.
Dr M setuju Bersatu keluar PH https://www.malaysiakini.com/news/524892
Dia juga setuju Muhyiddin menjadi Perdana Menteri https://www.astroawani.com/video-malaysia/dr-mahathir-sedia-beri-sokongan-kepada-muhyiddin-sebagai-pm-1835985
Punca utama adalah anak dia je, kalaulah Mukhriz yang dilantik menjadi Perdana Menteri dalam gabungan PN Februari lepas, lain ceritanya tuan-tuan.
Persoalan, anda percaya kata-katanya yang parti baharu, Pejuang ganti UMNO/Bersatu kerana nak selamatkan orang Melayu? Sudah-sudahlah kena tipu berkali-kali dengan orang ini.
Mahathir: Pejuang ditubuhkan untuk ganti Umno dan Bersatu
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) ditubuhkan untuk menggantikan Umno dan Bersatu yang didakwa kini tersasar daripada matlamat asal.
Berucap di ceramah malam tadi, Pengerusi Pejuang itu yang turun berkempen untuk calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi berkata bahawa Umno dan Bersatu juga perlu digantikan kerana mengamalkan rasuah serta mementingkan poket sendiri.
"Salah satu daripada sebab besar kita menubuhkan parti baru ini ialah untuk membersihkan politik dalam negara kita iaitu politik wang.
"Politik (hari ini) bukan berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air, tetapi politik yang mengisi poket sahaja.
"Di sini kita PRK Slim bukan nak tukar kerajaan, tapi PRK ini amat penting untuk penduduk Slim menunjukkan kepada kerajaan dan seluruh Malaysia bahawa rakyat tidak suka cara politik wang yang ada sekarang.
"Kita nak hapuskan sistem sogokan dan rasuah. Pejuang ditubuh untuk gantikan Umno dan Bersatu," katanya di hadapan lebih 1,000 hadirin di Felda Trolak Utara, Perak.
Turut hadir Presiden Amanah Mohamad Sabu; Menteri Besar Selangor Amirudin Shari; selain beberapa anggota parlimen termasuk Mukhriz Mahathir (Jerlun), Dr Dzukifly Ahmad (Kuala Selangor), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Hatta Ramli (Lumut).
Tidak ketinggalan bekas setiausaha agung Bersatu, Marzuki Yahya.
Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baru pada 12 Ogos serentak dengan pengisytiharan Amir Khusyairi sebagai calon mereka yang terpaksa bertanding sebagai calon bebas kerana permohonan pendaftaran Pejuang masih diproses Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
Baca seterusnya https://www.malaysiakini.com/news/540397
Tiada ulasan:
Catat Komen