Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, keyakinan itu berdasarkan fitrah ahli-ahli Pas yang tidak boleh bersama dengan BN dan juga UMNO.
Jelas beliau, Amanah juga percaya sikap yang sama diamalkan oleh pengundi tegar UMNO ke atas Pas.
“Apa yang menarik dalam PRK ini, penyokong tegar UMNO dan Pas kerana pengamatan lama kami dalam Pas, fitrah penyokong Pas tidak boleh sokong UMNO.
“UMNO juga begitu tidak boleh dengan Pas. Jadi ujiannya, saya yakin akan ada penyokong tegar Pas akar umbi tidak akan undi calon BN. Saya yakin dan percaya.
“Jadi kita mahu melihat perubahan itu pada PRK ini sangat menarik dan kesannya akan diketahu pada hari mengundi pada Sabtu ini,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra pimpinan Amanah bersama media di sini hari ini.
Turut hadir, Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar dan Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad.
Mengulas lanjut, Salahuddin menyeru rakan lama dan tegar dalam Pas agar mengambil sikap untuk tidak boleh bersama dengan UMNO dan BN.
Jelas beliau, ini kerana mereka tidak boleh berkonspirasi dengan kerajaan yang pernah bergelumang dengan salah guna kuasa dan rasuah yang kini berada dalam kerajaan Perikatan Nasional. – MalaysiaGazette
https://malaysiagazette.com/2020/08/26/fitrah-ahli-pas-tegar-tak-undi-bn-umno-salahuddin/
Tiada ulasan:
Catat Komen