Jumaat, 28 Ogos 2020

[Hot] Lim Guan eng tetap mengatakan siaran langsung Piala Dunia dibayar oleh penaja?

Setelah terkantoinya perihal siaran Piala Dunia 2018 yang dikatakan kerajaan pada masa itu (PH) tidak membayar satu sen pun kerana ia ditaja.

Namun dokumen yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan berkeanaan projek rundingan terus semasa zaman PH memerintah.





Ada sedikit keraguan kerana jumlah yang dibayar oleh kerajaan adalah sebanyak RM29.9 juta. Bagaimana pula dakwaan Guan Eng yang tetap siaran itu ditaja oleh pihak swasta.

Musykil juga untuk memahami apa yang dikatakan oleh bekas Menteri Kewangan ini. Apa pula pendapat anda?

http://www.pnbbcportal.com/2020/08/26/kata-ditaja-tapi-bayar-rm29-9-juta-netizen-soal-ph/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kata-ditaja-tapi-bayar-rm29-9-juta-netizen-soal-ph


Siaran langsung Piala Dunia dibayar sepenuhnya penaja, kata Guan Eng

PETALING JAYA: Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng berkata rakyat dapat menyaksikan siaran langsung Piala Dunia FIFA 2018 kerana ia ditaja sepenuhnya oleh pihak swasta.

Beliau menjelaskan perkara itu susulan senarai yang memperincikan 101 projek dikatakan diberikan melalui runding terus oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).


Mengikut senarai dikeluarkan oleh penggantinya Tengku Zafrul Aziz projek itu bernilai RM29.9 juta.

“Itu pun menteri kewangan sengaja jadikan isu sebagai projek rundingan terus PH padahal kerajaan tak perlu bayar 1 sen, malah kerajaan dapat untung bersih RM3.3 juta.


“Takkan dapat tonton Piala Dunia 2018 secara percuma ditambah pula untung RM3.3 juta, pun nak salahkan Lim Guan Eng? katanya melalui catatan di Facebooknya malam ini.

Lim turut berkongsi pautan laporan berita untuk menyokong hujahnya.

Menurut laporan Malaysiakini, Maxis Bhd dan AirAsia Bhd adalah penaja utama siaran langsung kejohanan diadakan di Rusia itu.


Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini mempersoalkan kos projek bernilai RM29.9 juta itu dan apa berlaku kepada dana berkenaan.

“Mungkin wang itu digunakan untuk membayar hak siaran langsung melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia, itulah sebabnya ia disenaraikan sebagai perolehan kerajaan,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/27/siaran-langsung-piala-dunia-dibayar-sepenuhnya-penaja-kata-guan-eng/

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gempar] Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

 CYBERJAYA – Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin me...