Rabu, 12 Ogos 2020

Kenapa tak dilayan sebaik Najib soal bekas Menteri

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah ditahan sebanyak dua kali oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tidak pernah tidur di dalam lokap.

Itu bukti bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mencampuri urusan suruhanjaya itu SPRM dalam menjalankan penyiasatan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.


Foto - The Star


Menurutnya, Najib juga mengakui yang beliau tidak ditempatkan di lokap SPRM pada 20 September 2018 sebaliknya diletakkan di dalam bangunan SPRM.

”Di manakah sebenarnya Najib menginap pada malam itu? Untuk rekod, tiada penafian atau pembetulan terhadap kenyataan Najib dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki atau SPRM sendiri.

“Azam sebetulnya menjawab soalan saya secara profesional dan bukannya mencabar saya untuk membuat laporan polis atau saman SPRM di mahkamah berkenaan komen saya di Facebook. Dalam hantaran tersebut saya langsung tidak menyebut tentang layanan pegawai SPRM ketika saya dalam tahanan SPRM pada 6 ke 7 Ogos 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng membuat kenyataan itu selepas Najib menegaskan beliau ditahan bukan sekali tetapi dua kali dan SPRM ketika itu berada di bawah pentadbiran PH.

“Adakah anda fikir kompleks SPRM itu sebuah hotel untuk saya bermalam dengan selesa atau adakah SPRM di bawah kerajaan PH anda akan memberikan saya keistimewaan?

“Tidak seperti anda, saya ditahan dua kali untuk semalaman oleh SPRM – sekali bagi kes SRC pada bulan Julai 2018 dan sekali lagi untuk kes 1MDB pada bulan September 2018.


“Bukan itu sahaja tetapi isteri saya juga perlu bermalam di SPRM tidak seperti isteri anda yang dibenarkan pulang,” kata Najib yang menjawab dakwaan Guan Eng kononnya beliau diberi layanan baik oleh suruhanjaya tersebut.

Tambah Guan Eng, beliau cuma mempersoalkan SPRM mengapa Menteri Kewangan sebelum saya tidak menerima layanan sepertinya, tidur di dalam lokap berlantaikan papan tanpa tilam dan bantal selain memakai T-shirt lokap SPRM berwarna oren.


Beliau turut mempersoalkan SPRM bagaimana penyokong-penyokong Perikatan Nasional sudah mengetahui tentang pendakwaannya empat hari sebelum dia didakwa pada hari Jumaat.

“Adakah pihak SPRM akan mengambil tindakan atau berpura-pura tidak tahu tentang kebocoran maklumat dalaman?,” tanya bekas Menteri Kewangan itu.’

Dalam kenyataan tersebut, Guan Eng berkata, beliau tidak terkejut yang Najib telah memilih untuk membuat serangan peribadi terhadapnya dan isteri setelah telah ditangkap dan didakwa oleh SPRM walaupun wang RM3.3 juta yang kononnya wang suapan tidak pernah dijumpai dalam mana-mana simpanan mereka.


Beliau turut menempelak Najib agar tidak perlu tunjuk pandai dan konon-konon tahu bagaimana keadaan penjara atau lokap.

Jelas Guan Eng, beliau pernah ditahan di Pusat Tahanan Kamunting untuk 18 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987 dan sekali lagi dipenjara untuk 18 bulan di Penjara Kajang pada 1998. Sambung bacaan disini https://malaysiagazette.com/2020/08/11/guan-eng-tetap-persoalkan-kenapa-tak-dilayan-sebaik-najib/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Agong berkenan Parlimen bersidang semula, tapi kenapa Putrajaya senyap, soal Najib

  PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menyuarakan kehairanan beliau apabila kerajaan kerana tidak memberi sebarang maklum balas...