Ahad, 16 Ogos 2020

Keputusan Bersatu sertai MN jadi gandingan terbaik ‘Melayu Raya’ – Pas

Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) disokong penuh oleh Pas.

Parti berkenaan melihat perkembangan terbaru berikut akan memantapkan lagi kedudukan MN, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.


Foto - The Star


Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Pas yakin gandingan ketiga-tiga parti dalam MN akan mewujudkan gagasan besar “Melayu Raya” di samping memperkasakan struktur masyarakat negara yang berbilang bangsa, kaum  dan agama juga budaya.

“Pas yakin gandingan parti-parti UMNO, Pas dan Bersatu bukan sahaja akan mewujudkan gagasan besar “Melayu Raya” dan sekaligus memperkasakan struktur masyarakat Malaysia yang merupakan sebuah negara majmuk berbilang bangsa, agama dan budaya seperti termaktub dalam undang-undang teras Malaysia serta sejarah dan pengalaman panjang kita bersama,” katanya.


Pas turut percaya gabungan bersepadu barisan kepimpinan Muafakat Nasional daripada ketiga-tiga parti merupakan gandingan terbaik untuk menerajui kerajaan Perikatan Nasional.


Tambah Takiyuddin, penyatuan ketiga-tiga parti ini akan dapat mewujudkan iklim yang harmoni, kondusif dan berwibawa ke arah membangunkan semua sektor masyarakat dan wilayah demi kepentingan negara termasuk rakyat keseluruhannya.

Untuk rekod, Bersatu menerusi Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan parti itu membuat keputusan untuk menyertai Muafakat Nasional.-MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/08/16/keputusan-bersatu-sertai-mn-jadi-gandingan-terbaik-melayu-raya-pas/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Agong berkenan Parlimen bersidang semula, tapi kenapa Putrajaya senyap, soal Najib

  PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menyuarakan kehairanan beliau apabila kerajaan kerana tidak memberi sebarang maklum balas...