Jumaat, 28 Ogos 2020

Lepas berselawat, calon pro Pejuang, Amir tunjuk bakat menyanyi

SLIM RIVER – Calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Parti Pejuang Tanahair (Penjuang) malam ini menunjukkan bakat menyanyi pada ceramah perdana di Felda Trolak Utara.


Foto - Malaysia Gazette


Selepas 13 hari berkempen dengan berucap di hadapan orang ramai, Amir membuat penampilan istimewa itu menerusi lagu Warisan nyanyian asal Sudirman Arshad.

Ketika membuat persembahan, tetamu di atas pentas turut mengambil kesempatan membuka cahaya menerusi telefon pintar masing-masing.

Antaranya adalah bakal Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad, bakal Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Lebih mencuri perhatian, orang ramai yang hadir turut mengambil tindakan sama untuk menyalakan telefon masing-masing secara spontan.


Sebelum itu pada program di sebelah petang iaitu Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, Amir yang juga peguam menunjukkan bakatnya berselawat dengan alunan yang merdu.

Amir merupakan graduan undang-undang Universiti Islam Antarbangsa dan anak bongsu daripada lima adik beradik.

Bapanya, allahyarham Mohamad Tanusi Maulut ialah bekas Naib Kadi Teluk Intan manakala ibunya seorang pesara guru agama.


Isteri Amir iaitu Dr Nur Aainaa Othman adalah doktor pakar radiologi di Hospital Teluk Intan dan doktor pakar jemputan di Hospital Slim River. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/08/28/lepas-berselawat-amir-tunjuk-bakat-menyanyi/

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gaduh besar] Bersatu, UMNO bertelagah kemelut lantik ketua kampung di Johor

Ketika hubungan Bersatu dan Umno didakwa bermasalah, pimpinan dua parti itu bertelagah lagi. Kali ini di Johor dan menyentuh isu kemelut ...