Sabtu, 8 Ogos 2020

Lim Kit Siang rayu SPRM, PM gugurkan kes menantunya, anggap wanita itu tidak jahat

Punya terdesak propaganda konon menjadi mangsa, nak beritahu kononnya tuduhan terhadap anaknya, menantunya sebagai satu yang tidak patut.


Itulah D4P, ramai orang Melayu cukup terhadam dengan percaya bulat-bulat drama merek buat


Licik memang licik, adakah dengan mudah dikalangan kita boleh lupa ketika mereka berkuasa 22 bulan dahulu?

Pelik bin ajaib taktikal D4P ini.


Foto -NST
Dari SuaraTv

Town – Ahli veteran DAP, Lim Kit Siang merayu kepada Perdana Menteri, Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mengugurkan dakwaan terhadap menantunya Betty Chew Gek Cheng.

Kit Siang sebentar tadi mendakwa Betty telah menjadi mangsa politik suaminya sambil menyifatkan wanita itu tidak jahat seperti yang diwar-warkan.


“Saya merayu secara terbuka kepada PM (Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin, AG (Peguam Negara) Idrus Harun dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menggugurkan tuduhan pengubahan wang haram terhadap menantu saya,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP Pulau Pinang hari ini.


Kit Siang turut berkata menantunya itu merupakan seorang isteri yang penyayang dan setia.

“Saya mengenali Betty selama 3 dekad. Carilah di rumahnya dan anda tidak akan menemui beribu perhiasan, jam tangan, beg tangan mewah atau jutaan mata wang asing.

“Penganiayaan terhadap musuh politik harus dihindari, harus ada kesopanan dan kehormatan dengan tidak melibatkan ahli keluarga yang tidak bersalah.

“Janganlah kita menghancurkan keluarga Guan Eng semata-mata untuk mencapai sasaran utama. Berhentilah “mengejar” isteri dan anak-anaknya,” katanya lagi.


Betty akan di dakwa di bawah di Mahkamah Sesyen Butterworth, Selasa ini, mengenai penglibatannya dengan sebuah syarikat swasta, Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd.


Dia dituduh dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) Selasa ini.


Ketika mengulas mengenai dakwaan terhadap anaknya Lim Guan Eng, ahli parlimen Iskandar Puteri itu berkata anaknya pernah mengalami penganiayaan yang lebih teruk sebelum ini dan itu telah menjadikannya sebagai ahli politik yang kuat hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gaduh besar] Bersatu, UMNO bertelagah kemelut lantik ketua kampung di Johor

Ketika hubungan Bersatu dan Umno didakwa bermasalah, pimpinan dua parti itu bertelagah lagi. Kali ini di Johor dan menyentuh isu kemelut ...