Jumaat, 21 Ogos 2020

Mahkamah bebaskan Siti Kassim atas dakwaan halang tugas pegawai JAWI

Mahkamah Majistret hari ini telah melepaskan dan membebaskan peguam kontroversi, Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim di sini hari ini.

Siti Kassim sebelum ini didakwa atas kesalahan dengan sengaja menghalang Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjalankan tugas menjalankan kerja mereka dalam satu majlis anjuran kumpulan transgender.


Foto - Malaysia Gazette


Hakim Mahkamah Majistret, Tawfiq Affandy Chin memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Siti Kassim.

Sebelum itu, pada 23 Jun 2017, Siti Kassim mengaku tidak bersalah sebaliknya mahu dibicarakan atas pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.


Sebuah serbuan tersebut dilakukan pada satu acara transgender pada April 2016 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur di mana Siti Kasim hadir sebagai tetamu.

Sebanyak enam orang saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan dan setelah penelitian terhadap keterangan saksi dan beberapa bukti namun pendakwaan gagal membuktikan dakwaan terhadap Siti Kassim.


Siti Kassim dikatakan telah memperkenalkan dirinya sebagai seorang peguam yang dijemput oleh penganjur ketika serbuan dilakukan oleh Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan memberikan kerjasama yang baik kepada pegawai JAWI.

“Dalam keterangan saksi juga mengatakan Siti Kassim telah memberikan kerjasama yang baik apabila pegawai JAWI meminta semua untuk duduk dan Siti Kassim juga memberikan kerjasama tanpa sebarang halangan,” kata Tawfiq.

Dalam pada itu, Siti Kassim ketika keluar dari bilik bicara sempat menunjukkan tanda bagus sambil tersenyum kepada wakil-wakil media.


Ketika ditemui, aktivis itu berkata, keputusan oleh mahkamah adalah satu kemenangan besar yang mendapat keizinan Allah kepadanya.

“Saya dari awal tidak perlu didakwa atas kes ini malah ada saksi memberi keterangan polis mendapat arahan dari ‘atas’ menuduh saya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/08/21/mahkamah-bebaskan-siti-kassim-atas-dakwaan-halang-tugas-pegawai-jawi/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Berdentum!! Musa Hitam bongkar yang Anwar Ibrahim sepatutnya sudah jadi Perdana Menteri...

 Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berpendapat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah menjadi Perdana Men...