Khamis, 13 Ogos 2020

Mat Sabu dakwa hartawan asing boleh kuasai Malaysia kalau........

Pakatan Harapan berkata hartawan asing boleh menguasai Malaysia kalau wakil rakyatnya boleh dijual beli.

Bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu (PH-Kota Raja), berkata pelobi antarabangsa amat gemar menguasai wakil rakyat, dan seterusnya menguasai kerajaan.




Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang perubahan kerajaan dan kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan.

“Inilah yang kita bimbang apabila mandat rakyat tidak dihormati,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Mohamad berkata wakil rakyat yang boleh dijual beli membahayakan Malaysia.

“Peruntukan untuk membeli seorang wakil rakyat katalah RM30 hingga RM40 juta, bagi seorang bilionair luar negara itu jumlah yang kecil.”


“Hanya cukup mencari 112 orang wakil rakyat dia sudah dapat kuasai Malaysia. Tak kiralah sebelah kerajaan mahupun pembangkang.”

Mengulas lanjut, Mohamad berkata Pakatan Harapan, yang kini dianggotai partinya, Amanah, PKR, dan DAP, ada mengkaji kekalahan berturut-turut gabungan itu pada pilihan raya kecil tahun lalu.

“Kami menjangkakan PRU akan datang kemungkinan PH kalah kerana trend rakyat sudah mula menolak PH. Kami berbincang dan berusaha bagaimana rakyat terus menyokong kami secara demokrasi.


“Tetapi bila (kerajaan) diambil di tengah jalan sebegini rupa, secara ‘pintu belakang’, payah kami nak terima sebab kita bukan dikalahkan oleh rakyat,” katanya.

Mohamad mendakwa kejatuhan kerajaan PH sudah lama dirancang pihak tertentu.

Wakil rakyat pemerintah, Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) bangun mencelah, mengingatkan Mohamad bahawa pentadbiran PH jatuh apabila pengerusinya ketika itu, Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan perdana menteri.


“Kalau Mahathir tidak letak jawatan, kerajaan tidak bertukar, jadi jangan tuduh bukan-bukan,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/13/mat-sabu-dakwa-hartawan-asing-boleh-kuasai-malaysia-kalau-wakil-rakyat-boleh-dijual-beli/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shazni dilantik ketua pemuda PH, namun ditentang dalam AMK

 Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang baru. Namun pelantikan itu, yang diput...