Sabtu, 1 Ogos 2020

Mengapa Najib disanjung?

Pemahaman kita bukan kerana apa yang Najib buat tu sangat, tetapi cara pihak musuh cuba memalukan, menganiaya serta cuba mengaitkan keluarganya sekali.


Itu yang ramai melihat cara begini tidak patut dan keterlaluan, takkanlah jasa bekas Perdana Menteri ke-6 langsung tidak nampak dan dinafikan apa kebaikan dia buat.





Baca dari buletin TTKM


Oleh : Muhammad Syameil

Walaupun tidak lagi menjawat jawatan Perdana Menteri, bahkan kini telah disabitkan dengan kesalahan “derma” Najib tetap disanjung segenap rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Ada yang tua ada yang muda dan ada pertengahan, mereka ini sanggup datang daripada jauh untuk menyokong Najib, walaupon sedar risiko Covid-19.Ada yang mengatakan bahwa sokongan terhadap Najib adalah terdiri daripada orang-orang kampung yang dungu politik.


Ada juga yang mengeluarkan pelbagai teori-teori intelektual seperti elitisme, neeo-feudalisme dan lain-lain.

Kita boleh mencipta pelbagai alasan untuk menyatakan sokongan rakyat terhadap Najib, tetapi pada saya alasan yang paling tepat bagi persolan yang komplek adalah jawapan yang paling “cliche”


Bantuan, saraan, sokongan.Itulah alasannya mengapa rakyat menyokong Najib.Tidak ada Perdana Menteri yang menyalurlan bantuan secara berperingkat dan one off sebanyak Najib lakukan.

Segala bantuan ini sampai kepada seluruh lapisan masyarakat, pelajar sekolah, pelajar nak masuk universiti, pelajar universiti, B40, m40 pon turut merasa.Penduduk kampung dan bandar juga dapat merasa bantuan.


Benda ini yang diingati dan dimahukan oleh rakyat dan benda ini juga yang menyebabkan PH ditentang rakyat.Rakyat biasa tak pandang teori-teori intektual, mereka tak pandang siapa menteri-menteri kabinet.

Yang menjadi keutamaan adalah mereka merasa dibantu oleh kerajaan, itu yang paling penting.Analogi mudahnya, bila kita sakit kita pergi klinik sebab mahukan ubat yang mampu merawat kesakitan dan bukanya syarahan panjang Doktor tetapi gagal mengubati kesakitan.

Hakikat inilah yang disedari dan diamplikasikan oleh Najib, beliau tahu rakyat merasa terbeban dengan bebanan hidup dan sebagainya, jadi dia beri bantuan dan bukanya alasan dan teori berjela-jela kerajaan tiada duit seumpamanya, akhirnya rakyat perlu faham kerajaan dan perlu ikat perut.

Sekarang perkara yang sama juga rakyat rasa terhadap Muhyidin, adakah rakyat kisah dia bukan PM dari parti Majoriti? Adakah rakyat kisah barisan kabinetnya ada kelompongan?


Tidak..yang rakyat ingginkan adalah sokongan dan bantuan, dan Muhyiddin beri sokongan tersebut.


Jadi berhentilah mendungukan orang yamg menyokong Najib, mendungukan mereka tidak menjadi mereka menyokong anda.

Beri bantuan, sokongan, buat rakyat berasa dihargai maka baru mereka akan menyokong anda.

https://ttkm.com.my/2020/07/30/mengapa-najib-disanjung/amp/

1 ulasan:

Shazni dilantik ketua pemuda PH, namun ditentang dalam AMK

 Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang baru. Namun pelantikan itu, yang diput...