Jumaat, 7 Ogos 2020

Parti baharu lagi? Dr M memang pakar pecah belahkan orang Melayu kata nitizen

Untuk apa lagi diwujudkan parti baharu wahai Tun? Masih tidak puas lagi untuk mengejar kuasa?


Adakah wujudnya parti baharu ini semata-mata untuk menaikkan nama anaknya, untuk bakal Perdana Menteri yang ke berapa tidak pasti, sekiranya parti baharu ini berjaya menang pada Pru15 nanti?


Foto - Straits Times


Semua masih berteka-teki. Sudah pasti undi Melayu pecah lagi dan lagi.

Moga parti baharu ini hanya gah pada nama, tidak pada isinya.

Tun M tubuh parti baharu


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penubuhan parti baru selepas keahlian PPBM diterajuinya sebelum ini terbatal.

Mahathir bersama beberapa lagi yang terbatal keahlian mereka menubuhkan parti baru yang belum dinamakan dan menunggu proses Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).


Beliau yang “Di dalam kegilaan mahu kekal berkuasa, perjuangan mereka adalah untuk menjaga kepentingan elit demi memastikan sokongan tidak hilang dan dapat kekal berkuasa.

“Parti ini akan bersifat inklusif dan moderat dan akan memperlihatkan kepada bangsa lain bahawa orang Melayu adalah bangsa tidak khianat, berpegang pada janji dan tidak menolak kerjasama yang ikhlas dan berprinsip,” kata Mahathir pada sidang media di Yayasan Albukhary hari ini.

Mahathir berkata, parti baru itu tidak akan terikat dengan parti campuran lain termasuk tidak bersama Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional.



“Parti baru yang kami tubuh ini tidak akan terikat dengan mana-mana parti campuran iaitu tidak bersama Pakatan Harapan dan tidak juga dengan Perikatan Nasional. Asas perjuangan kami masih dengan menghapus rasuah dan kleptokrasi,” katanya. bekas pengerusi PPBM berkata, asas penubuhan parti baru itu mengambil “DNA” asal PPBM sebelum ini, yang lari daripada perjuangan diterajui Muhyiddin Yassin.


“Parti baru ini akan mendokong dasar PPBM ketika ia ditubuhkan iaitu kita akan lawan mereka terlibat rasuah, curi duit, kita lawan mereka. Parti ini juga akan berasas kepada perjuangan untuk orang Melayu dan Pribumi. Ini kerana parti berasas kepada Melayu dan Pribumi yang wujud hari ini telah menggadai maruah bangsa, agama dan hala tuju perjuangan kepada golongan yang gilakan kuasa.

“Sekarang perjuangan parti yang “dihijack” sudah dialih dari menentang dan menghapuskan kerajaan kleptokrasi kepada bekerjasama dan menghidup semula kerajaan kleptokrasi,” katanya.

Katanya, tindakan presiden PPBM itu bersama parti yang disertai Najib tidak dipersetujui akar umbi, malah kumpulan yang tidak bersama Muhyiddin tidak akan dicalonkan dalam pilihan raya akan darang.

“Bahagian ini tidak akan dicalon oleh bahagian PPBM yang “dihijack” dalam PRU-15. Untuk kami teruskan perjuangan asal kami, terpaksalah kami bebas diri atau menjadi ahli parti yang baru. Adalah diharap ahli biasa yang pilih untuk bersama kami akan menjadi ahli dalam parti baru ini, perjuangan kami berasas semangat, bukan duit,” katanya.

Katanya, parti baru itu juga akan memastikan rakyat daripada kaum lain akan mendapat pembelaan dan layanan sewajarnya.

“Parti ini juga bertujuan untuk menebus kembali maruah bangsa yang terpalit dengan sifat khianat, menipu, membohong, rasuah dan tamak akibat perbuatan pemimpin parti Melayu yang lain. Mereka telah menjadikan agama dan bangsa modal untuk mendapatkan sokongan sedangkan tindak tanduk dan perbuatan mereka melanggar ajaran agama dan bertentangan dengan nilai bangsa.

“Asas perjuangan kami masih dengan menghapus rasuah dan kleptokrasi. Tidak ada jaminan bagi sesiapa untuk jawatan tertentu dalam parti atau dalam kerajaan,” katanya.

Menurutnya, 1 jawatankuasa disiplin akan ditubuhkan untuk menentukan undang-undang dan peraturan dikuatkuasakan.

Mahathir berkata, beliau sendiri akan memegang jawatan sebagai pengerusi dan presiden akan digalas, Muhkriz.

Terdahulu di Mahkamah Tinggi hari ini, Muhyiddin dan 3 lagi berjaya dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman difailkan Mahathir dan yang lain berhubung pembatalan keahlian mereka dalam PPBM.

Ia berkaitan saman difailkan Mahathir dan 4 plaintif atas tuduhan pemecatan mereka yang salah sebagai ahli PPBM.

Empat plaintif itu adalah Mukhriz, Marzuki, Maszlee dan Amiruddin.

Hakim Rohani Ismail berkata, plaintif tiada lokus standi untuk memfailkan saman itu atas dasar penyingkiran mereka daripada parti disahkan dalam mesyuarat majlis pimpinan tertinggi (MPT) PPBM pada 4 Jun.

Katanya, Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 menyatakan sebarang keputusan parti tidak boleh dicabar di mahkamah.

Tiada ulasan:

Catat Komen

MB Perak selamba 'sound' Bersatu, jangan curi ahli dan bertanding tempat UMNO

 UMNO Perak akan mempertahankan kerusi-kerusi tradisi miliknya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti sambil mengharapkan gandingan d...