Sabtu, 22 Ogos 2020

PAS terima surat PPBM sedia sertai Muafakat Nasional, kata Takiyuddin

PAS telah menerima surat daripada Presiden PPBM Muhyiddin Yassin mengenai kesediaan parti itu menyertai Muafakat Nasional (MN), kata Setiausaha Agung parti itu Takiyuddin Hassan.

“Hari ini saya boleh mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjawab surat itu menyatakan kesediaan PPBM menjadi anggota (baru) di bawah MN.




“(Bagi pihak Presiden PAS) saya dah terima surat itu. Sahlah sekarang ini (penyertaan PPBM dalam MN), cuma kita belum ada perbincangan (rasmi antara ketiga-tiga parti) setakat ini. Mungkin kita akan adakan mesyuarat (rasmi) bersama 3 parti (dalam masa terdekat),” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program sumbangan Skim Bantuan Pelajar Parlimen Kota Bharu di sini, hari ini

Mengenai pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada September ini, Takiyuddin yang juga ahli Parlimen Kota Bharu berkata, MN masih belum memutuskan jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh parti komponennya pada pilhan raya itu.


Katanya, MN masih mempunyai masa kira-kira 2 minggu untuk memuktamadkan senarai calon dan kerusi yang akan ditandingi parti komponennya dalam pilihan raya melibatkan 73 kerusi DUN itu.

Mengulas mengenai pendaftaran Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin berkata, PN masih menunggu kelulusan pendaftarannya daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan PAS merupakan antara penaja kepada penubuhan parti PN.


Sementara itu, semasa ditanya mengenai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali yang tidak menjalani kuarantin wajib 14 hari di rumah selepas pulang dari Turki, Julai lepas, Takiyuddin berkata, siasatan perlu dijalankan terlebih dahulu dan jika ada kes, perlu dibawa ke mahkamah.

“Itu kita serah kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan (untuk buat siasatan). Kalau ada laporan polis, polis kena siasat. (Khairuddin perlu melalui) proses undang-undang biasa walaupun (beliau) seorang menteri,” katanya.


Mengenai program skim bantuan berkenaan, seramai 300 pelajar Tingkatan Lima dan Enam akan menerima bantuan sebanyak RM50 sebulan bermula bulan ini hingga Januari depan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/22/pas-terima-surat-ppbm-sedia-sertai-muafakat-nasional-kata-takityuddin/

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gempar] Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

 CYBERJAYA – Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin me...