Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan membuat tapisan sebaik mungkin terhadap setiap individu yang memohon menyertai parti berkenaan.
Mukhriz Mahathir, antara pengasas parti itu, berkata ramai yang menghubunginya bertanyakan borang keahlian dan ingin menubuhkan bahagian namun parti itu agak memilih dalam menerima keahlian nanti.
“Seperti mana sedia maklum Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) belum meluluskan pendaftaran Pejuang. Itu sebabnya kita belum lagi menerima permohonan keahlian…proses itu akan berlaku selepas kita sudah selesaikan pendaftaran parti,” katanya ketika ditemui pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai sasaran keahlian Pejuang di negeri ini.
Ditanya sama ada Pejuang akan memfokuskan untuk mendapatkan bekas ahli Umno dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menyertai parti baru itu, Mukhriz menjawab: “tidak semestinya”.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/25/permohonan-untuk-sertai-pejuang-akan-ditapis-kata-mukhriz/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Shazni dilantik ketua pemuda PH, namun ditentang dalam AMK
Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang baru. Namun pelantikan itu, yang diput...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Agak mengejutkan setelah ura-ura kerajaan Warisan akan terlungkup, rupa-rupanya ia sangat menjadi kenyataan pada hari ini menurut portal Sua...
-
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak perlu berlakon untuk menunjuk kononnya bersimpati atau mengambil berat soal kebajikan penjawat aw...

Tiada ulasan:
Catat Komen