DAP mengecam tindakan Perikatan Nasional (PN) untuk menyemak semula diskaun 18% bagi tol Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang dilaksanakan kerajaan PH dan membekukan sebarang kenaikan sebagai langkah awal untuk menghapuskan lebuhraya bertol.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, kini jelas kerajaan PN mengamalkan politik balas dendam dengan merungkai segala usaha dan dasar yang dilaksanakan oleh Pakatan Harapan (PH) termasuk pemberian diskaun 18% untuk pengguna lebuhraya PLUS.
“Namun, dalam keghairahan mereka membalas dendam, PN lupa yang mereka sebenarnya sedang menghukum rakyat iaitu pengguna lebuhraya PLUS yang bakal menikmati penjimatan RM500 juta untuk tahun 2020 dari pengurangan tol tersebut.
“Kerajaan juga akan menjimatkan RM600 juta pada tahun 2020 kerana tidak perlu membayar pampasan kepada PLUS berikutan pembekuan kenaikkan kadar tol.,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada Selasa lalu, Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan akan mengkaji semula impak penurunan kadar tol sebanyak 18 peratus kepada PLUS yang turut dikhuatiri mempengaruhi Dasar Penswastaan Negara dalam hal berkaitan tol dan lebuh raya.
Fadillah berkata, kajian itu perlu dibuat untuk melihat arah tuju kesan penurunan kadar tol itu kepada lebuh raya lain termasuk yang sedang dalam pembinaan serta yang akan dibina.
Sebelum ini, kerajaan PH mengumumkan pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus bagi pengguna kenderaan persendirian di semua lebuh raya milik PLUS dilaksanakan 1 Februari ini.
Menurut Guan Eng, dasar memanfaatkan rakyat yang dilaksanakan oleh PH mungkin akan ditarik balik disebabkan politik balas dendam PN.
https://malaysiagazette.com/2020/08/14/guan-eng-dakwa-pn-amal-politik-dendam-semak-semula-diskaun-18-tol-plus/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Umno utus surat ‘rasmi’ kepada Muhyddin tamatkan kerjasama pada PRU-15?
PETALING JAYA: Annuar Musa mendesak pimpinan parti mengesahkan sama ada Umno mengutus surat kepada Muhyiddin Yassin memaklumkan tidak akan ...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Agak mengejutkan setelah ura-ura kerajaan Warisan akan terlungkup, rupa-rupanya ia sangat menjadi kenyataan pada hari ini menurut portal Sua...
-
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak perlu berlakon untuk menunjuk kononnya bersimpati atau mengambil berat soal kebajikan penjawat aw...

Tiada ulasan:
Catat Komen