Rabu, 26 Ogos 2020

[PRK Slim] Jika calon Pejuang menang, tidak mustahil PN tumbang di Perak menurut Nizar

Diatas kertas nampak semacam BN boleh menang, namun tidak diketahui bagaimana rakyat di Slim membuat keputusan pada sabtu ini.

Walaupun menggunakan logo pokok, calon Pejuang, boleh membuat kejutan, kejutan yang bagaimana, itu tidak diketahui, mungkin jawapannya selepas keputusan pada PRK itu nanti.



Foto - Malay Mail


Kalau apa yang dikatakan oleh Nizar, ibarat menyasarkan kerisauan terhadap kem PPBM, iaitu kepada MB Perak itu sendiri, Ahmad Faizal Azumu, mungkin juga hanya perang propaganda yang kita tahu PH cukup hebat dalam membua sesuatu gerak kerja hasutan tersusun.

Kita tunggu Sabtu ini..

Dari Malaysiakini

PRK SLIM | Bekas menteri besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin memberi bayangan bahawa kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu tidak mustahil tumbang sebelum pilihan raya umum (PRU).

Kata Nizar, ia akan berlaku sekiranya calon bebas bagi Amir Khusyairi Mohamad Tanusi mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.


Menurut pemimpin Amanah itu, kemenangan wakil parti Pejuang di PRK Slim akan membuka ruang kepada beberapa Adun veteran Umno menyertai Pejuang seterusnya menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak.

"Apa yang saya katakan tadi kepimpinan kerajaan Negeri Perak sekarang di bawah Peja (Ahmad Faizal) terdapat banyak kekeliruan dan rasa tidak puas hati antara Adun veteran Umno.


"Mereka berkhidmat sekurang-kurangnya tiga penggal. Ada yang empat penggal. Tapi, Peja melantik ahli exco kerajaan negeri dari pemimpin yang baru dari Umno yang hanya berkhidmat lebih kurang dua tahun. Seperti arwah Khusairi (Mohd Khusairi Abdul Talib) berkhidmat empat penggal. Tapi tidak diberi kedudukan dalam exco negeri.

"Ada lebih kurang empat atau lima Adun Umno sepertinya di Perak buat masa ini. Jika Amir menang PRK Slim, tidak mustahil bagi mereka mempertimbangkan semula kedudukan mereka di kerajaan negeri," katanya kepada Malaysiakini.


Terdahulu, Nizar yang juga Adun Sungai Rapat diminta menjelaskan ucapan beliau kepada pengundi di Trolak, Pekan yang mengatakan bahawa beberapa Adun Umno tidak sehaluan dengan menteri besar.

Baca selanjutnya https://www.malaysiakini.com/news/540035

Tiada ulasan:

Catat Komen

Berdentum!! Musa Hitam bongkar yang Anwar Ibrahim sepatutnya sudah jadi Perdana Menteri...

 Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berpendapat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah menjadi Perdana Men...