Ahad, 16 Ogos 2020

Putrajaya perlu laksana pakej rangsangan baru selepas KDNK menguncup kata bekas Menteri Kewangan

Lim Guan Eng menggesa Putrajaya supaya memperkenalkan pakej rangsangan baru sama seperti pakej yang dilaksanakan bagi menghadapi pandemik Covid-19 berikutan penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Bekas menteri kewangan itu berkata, langkah itu perlu bagi menghalang berlakunya deflasi.

Foto - Lim dan isterinya


Pada April, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM45 bilion bagi mengurangkan kesan ekonomi wabak tersebut.

Minggu ini KDNK Malaysia dilaporkan menguncup sebanyak 17.1% pada suku ke-2 tahun ini selepas naik 0.7% dalam suku sebelum ini.

Ia merupakan penurunan terbesar sejak krisis kewangan pada 1998.

Lim berkata, pencapaian KDNK itu paling rendah dalam kalangan negara Asean berpendapatan pertengahan dan tinggi yang melaporkan angka suku ke-2 masing-masing.

Beliau berkata, jiran Malaysia seperti Indonesia, Filipina dan Singapura mencatatkan penguncupan lebih kecil.


Walaupun kerajaan “tidak mahu mengalah” katanya, namun data ekonomi menunjukkan Putrajaya “tidak berusaha bersungguh-sungguh” untuk mengurangkan kesan kemerosotan ekonomi.

Lim berkata, data Bank Negara (BNM) menunjukkan perbelanjaan mengurus kerajaan pada suku ke-2 menurun sebanyak 2.1% daripada tahun lepas, berbanding kenaikan 5.2% pada suku pertama.

“Sekiranya pemerintah bertindak lebih pantas, kita mungkin akan mengalami kemelesetan yang lebih rendah,” katanya.

Katanya, bank pusat juga melaporkan gaji swasta turun sebanyak 5.6% pada suku ke-2 tahun ini berbanding tahun lalu selepas meningkat 2.1% pada suku pertama.


Ini katanya menunjukkan risiko deflasi yang boleh menjejaskan taraf hidup rakyat.

Pada Jun 2020, indeks harga pengguna (CPI) menurun sebanyak 1.9% tahun ke tahun setelah menurun sebanyak 2.9% pada Mei.

Pertumbuhan ekonomi dan harga barangan lebih rendah adalah “berita buruk untuk ekonomi”, katanya.

“Terdapat keperluan mendesak untuk satu lagi pusingan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM45 bilion untuk mencegah deflasi, termasuk bantuan kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana dan melanjutkan moratorium pinjaman bank selama 6 bulan lagi apabila tamat pada 30 September.”


Beliau berkata, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan malapetaka lebih besar, termasuklah kebankrapan kerana banyak pihak yang akan gagal membayar pinjaman mereka, sama ada untuk kereta, rumah atau perniagaan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/16/guan-eng-gesa-putrajaya-laksana-pakej-rangsangan-baru-selepas-kdnk-menguncup/

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gempar] Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

 CYBERJAYA – Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin me...