Sabtu, 15 Ogos 2020

Sah Bersatu sertai Muafakat Nasional menurut sumber

Kalau benar, Alahmdulillah, tidak kisah bagaimana, jangan sesekali beri kem Mahathir dan D4P berkuasa semula.

Sudahlah dahulu berkuasa, segala perkara yang tidak sepatutnya mereka buat, malah tindakan mereka yang ketara membuat kerosakan semasa memerintah 22 bulan, orang Melayu tidak akan mudah lupa,


Kita tanam dalam-dalam Pakatan Harapan, mereka sudah tiada harapan, parti baharu Mahathir hanya berjaya mengumpul orang-orang penjilat Mahathir semata-mata.



Tahniah Bersatu, kepada semua, buang yang keruh, ambil yang jernih, kena ingat, sekiranya berlaku lagi 3 penjuru, maka selamat tinggal kuasa Melayu.

Dari Malaysia Gazzette

Bersatu telah menerima persetujuan daripada UMNO dan Pas untuk menyertai Muafakat Nasional.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat Perikatan Nasional telah membangkitkan isu penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional, manakala Pas dan UMNO mengalu-alukan penyertaan parti itu.


Keadaan itu juga bermakna bahawa Muafakat Nasional akan terdiri daripada Pas, UMNO dan Bersatu selepas ini.

Tuan Ibrahim berkata, Muafakat Nasional juga bersetuju untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri jika ia menerima mandat baharu daripada rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, satu jawatankuasa mengenai pengagihan kerusi juga akan ditubuhkan untuk mengeratkan kerjasama dan memastikan keadaan “satu lawan satu” dapat diwujudkan dalam pilihan raya.


Ditanya mengenai lambang yang akan digunakan, Tuan Ibrahim berkata, perkara itu belum dibincangkan kerana yang menjadi keutamaan adalah persetujuan kerjasama.

Muhyiddin sebelum ini mengesahkan Bersatu berniat menyertai Muafakat Nasional.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, partinya tidak akan menyertai parti Perikatanan Nasional, tetapi akan mengukuhkan Muafakat Nasional melalui Pas dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN). – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/08/15/pas-umno-setuju-bersatu-sertai-muafakat-nasional/?fbclid=IwAR1gGoqvj7yOCGISSDBp69uOugDLp9JmklPM-G6oQgu820NTR3Olw79W3Lg

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gempar] Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

 CYBERJAYA – Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin me...