Selasa, 4 Ogos 2020

Seperti pelacur politik bila Adun lompat parti kata Salahuddin

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub dilihat menyifatkan wakil rakyat yang lompat parti bagi menyokong Barisan Nasional (BN) di Sabah sebagai pelacur politik.

Beliau berkata demikian dipercayai mengecam ahli politik yang sebelum ini menyokong Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, namun berpaling tadah.



Foto - Malaymail


Katanya, ahli politik sedemikian mudah dibeli menyebabkan kerajaan negeri akhirnya runtuh sebelum Mohd. Shafie bertindak memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Sebab dah terlalu murah harga orang politik ni… boleh dibeli begitu saja – dalam tempoh semalaman – mereka boleh menukar sokongan.

“Oleh kerana anak-anak muda boleh mengundi dalam PRU akan datang, saya rasa elaklah pilih mereka yang ada kecenderungan jadikan profesyen politik sebagai pelacur politik.”

Beliau juga berkata demikian bagi menggesa anak muda yang boleh mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah supaya memilih calon wakil rakyat berintegriti.


Menurutnya, calon yang dimaksudkan sebagai berintegriti itu mestilah berpegang teguh kepada mandat rakyat dan tidak mudah ‘dibeli’.

Terdahulu, sejumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah memutuskan untuk bersama bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman bagi membentuk kerajaan negeri baharu.

Bagaimanapun, ADUN Sungai Sibuga itu tidak sempat berbuat demikian apabila dihalang daripada menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.


Khamis lalu, Tun Juhar mewartakan pembubaran DUN Sabah menyebabkan PRN perlu diadakan di negeri itu bagi memilih kerajaan yang baharu.

Berdasarkan kepada situasi berkenaan, Salahuddin menambah, pengundi yang akan mengundi dalam PRN Sabah nanti mengambil iktibar situasi yang berlaku terhadap Parti Warisan Sabah (Warisan).

Katanya, wakil rakyat mesti dipilih atas dasar integriti, bukannya yang sanggup ‘menjual’ kerusi mereka.


“Mereka hari ni boleh lihat di parlimen, ahli-ahli parlimen bercakap secara konsisten, benar-benar menggunakan mandat yang diberikan itu untuk berjuang untuk rakyat.

“Bukannya ahli parlimen atau ADUN yang mencari kesempatan ‘menjual kerusi’ mereka untuk kepentingan tertentu,” ujarnya.


Terdahulu, Suara Merdeka memetik kenyataan Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr. Ibrahim Ali menempelak wakil rakyat yang lompat parti.

Beliau berkata demikian dan menyifatkan mereka lebih teruk berbanding katak kerana menyebabkan kerajaan bertukar. – SM

https://suaramerdeka.com.my/adun-lompat-parti-di-sabah-seperti-pelacur-politik-salahuddin/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Berdentum!! Musa Hitam bongkar yang Anwar Ibrahim sepatutnya sudah jadi Perdana Menteri...

 Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berpendapat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah menjadi Perdana Men...