Selasa, 25 Ogos 2020

Siapa lulus kalau kabinet pun tak pernah bincang, tanya Wee Ka Siong kepada Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melalui laman Facebooknya berkongsi pendedahan Menteri Kewangan di parlimen hari ini mengenai pemberian projek secara runding terus oleh kerajaan PH


“PANAS dari Dewan Rakyat….”,tulis Wee.

“Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Aziz mendedahkan bahawa sepanjang pemerintahan PH, sebanyak 101 projek perolehan berjumlah RM6.61bilion telah ditawarkan oleh Kerajaan PH secara ‘direct-nego’ (rundingan terus)!”




Dakwanya, “Mantan Menteri Kewangan Lim Guan Eng terus terduduk setelah mendengar pendedahan oleh Tengku Zafrul”.

Soal beliau, “Apa sudah jadi? Bukankah Lim Guan Eng selama ini sering sebut PH hanya mengamalkan “tender terbuka”? Malah ianya termaktub di dalam manifesto (bukan kitab suci) – Buku Harapan!”

Lim Guan Eng menurutnya lagi, mengakui bahawa semua tender yang ditawarkan melalui rundingan terus diluluskan oleh Kabinet era pemerintahan PH.


Menteri Kanan MITI, Dato’ Seri Azmin Ali bagaimanapun bangun dan mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa ianya tidak pernah dibincangkan di Kabinet!

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun , juga bangun untuk mengesahkan dakwaan Azmin.

“Wah! Ini sesuatu yang amat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia!”.


“Kalau Kabinet tidak meluluskan tender rundingan terus, agaknya siapa pula yang begitu berkuasa menawarkan tender secara rundingan terus ini?”, tanya beliau lagi.

Wee mengakhiri hantarannya dengan dua tanda pagar bersifat sinikal iaitu #TerbongkarPembohonganPH dan #GuanEngTahuKeTakTahu

Pautan asal hantaran Menteri Pengangkutan berkenaan, boleh dirujuk disini.

https://suara.tv/24/08/2020/projek-direct-nego-zaman-ph-siapa-lulus-kalau-kabinet-pun-tak-pernah-bincang-soal-wee/

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gaduh besar] Bersatu, UMNO bertelagah kemelut lantik ketua kampung di Johor

Ketika hubungan Bersatu dan Umno didakwa bermasalah, pimpinan dua parti itu bertelagah lagi. Kali ini di Johor dan menyentuh isu kemelut ...