Selasa, 11 Ogos 2020

Suami saya lelaki yang sangat baik dan mulia kata Isteri bekas Menteri

Betty Chew, isteri Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng, dalam nada beremosi melahirkan rasa terkejut, kecewa dan sedih apabila menghadapi tiga pertuduhan di mahkamah kerana menerima wang hasil aktiviti haram bernilai RM372,009.


Memetik laporan Malaysia Gazette, Betty berkata dirinya menjadi mangsa politik yang cuba menjatuhkan suaminya, malah mendakwa pertuduhan itu adalah cubaan merosakkan hubungannya dengan Lim Guan Eng.


Foto - Sinar Harian

“Saya terkejut dengan tiga dakwaan penggubahan wang haram ke atas saya. Saya ini biasa sahaja, bukanlah ‘Kak Long’ pun. Jadi mengapa?


“Adakah kerana saya ini adalah saya adalah isteri Lim Guan Eng? Adakah begitu? Saya hendak tahu adakah anda akan berpuas hati jika berjaya ‘memisahkan’ dan merosakkan hubungan suami- isteri?

“Seperti yang umum tahu, keluarga Guan Eng adalah penyokong terkuat beliau. Tulang belakangnya. Jadi dengan berbuat begini anda boleh memecahbelahkan keluarga kami dan akhirnya menjatuhkan beliau,” katanya, dipetik dari laporan tersebut.


Betty berdepan tuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (a) dan (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Hasil Kegiatan Haram 2001, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan.

Menurut Betty lagi, Lim Guan Eng merupakan lelaki yang baik budi pekerti dan beliau akan berdiri teguh menyokong suaminya.


“Suami saya adalah manusia yang baik dan mulia pekertinya. Beliau juga ketua keluarga yang baik sekali. Pastinya setiap wanita di luar sana akan berdiri teguh di belakang suami anda seperti saya.


“Tuhan sedang melihat semua perbuatan keji ini, pastinya akan ada balasan kelak,” katanya.

https://suara.tv/11/08/2020/suami-saya-lelaki-yang-baik-dan-mulia-kata-isteri-lim-guan-eng/

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gaduh besar] Bersatu, UMNO bertelagah kemelut lantik ketua kampung di Johor

Ketika hubungan Bersatu dan Umno didakwa bermasalah, pimpinan dua parti itu bertelagah lagi. Kali ini di Johor dan menyentuh isu kemelut ...