Pemuda DAP bertindak biadab apabila mencetuskan provokasi dengan menambah tulisan Cina pada papan tanda di tiga jalan utama di Sarawak iaitu Jalan Main Bazaar, Jalan Wayang Street dan Jalan Greenhill
Ketua Penerangan ANGKASA, Aysraf Badhrul tidak menolak perbuatan tersebut disebabkan masih ramai lagi golongan Cina cauvanis gagal memahami Bahasa Kebangsaan walaupun sudah lebih setengah abad negara mencapai kemerdekaan.
Sedangkan, sebagai warganegara, mereka sepatutnya faham bahasa Kebangsaan
Lagipun, mereka bukan berada di negara China.
Aysraf juga menyifatkan tindakan Pemuda DAP itu sebai barah yang merosakkan perpaduan negara apabila mereka tidak mahu berasimilasi dengan penduduk tempatan untuk terus mewujudkan penyatuan nasional yang lebih utuh demi kestabilan negara.
”Rakyat masih ingat, beberapa bulan yang lepas DAP juga bangun untuk membantah papan tanda tulisan jawi di Pahang. Mereka mencabar arahan Majlis Raja-Raja yang mahu jawi disuburkan kembali. Walaupun jawi adalah identiti teras negara, mereka tetap berdegil mahu mencabarnya.
”Selang beberapa minggu kemudian, mereka menaikkan papan tanda tulisan cina pula di Pulau Pinang sebagai reaksi balas terhadap tindakan kerajaan Pahang,” katanya.
Oleh itu, Kerajaan Sarawak digesa segera mengambil tindakan dan menurunkan semula tulisan Cina ini segera kerana teras negara ini perlu dihormati.
”Jangan melepasi garisan merah yang boleh mencetuskan perpaduan nasional yang sedang dibina,” ujarnya.- MalaysiaGazette
https://malaysiagazette.com/2020/08/20/tambah-tulisan-cina-pada-papan-tanda-jalan-pemuda-dap-biadab/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Berdentum!! Musa Hitam bongkar yang Anwar Ibrahim sepatutnya sudah jadi Perdana Menteri...
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berpendapat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah menjadi Perdana Men...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Agak mengejutkan setelah ura-ura kerajaan Warisan akan terlungkup, rupa-rupanya ia sangat menjadi kenyataan pada hari ini menurut portal Sua...
-
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak perlu berlakon untuk menunjuk kononnya bersimpati atau mengambil berat soal kebajikan penjawat aw...

Tiada ulasan:
Catat Komen