Isnin, 10 Ogos 2020

[Terkini] SPRM siasat pegawai, anggota penguat kuasa disyaki terima rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberikan tumpuan kepada pegawai dan anggota penguat kuasa yang dipercayai menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di sekitar Sungai Buloh.




Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pihaknya memandang serius berhubung video tular berkaitan isu rasuah penguat kuasa melindungi gerai haram, penjualan rokok seludup dan judi.

Ahmad Khusairi berkata, beliau sudah menghubungi Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPs) , Datuk Zamri Yahya untuk bekerjasama dengan SPRM.

"Kami memandang serius berhubung isu yang ditularkan dalam dua klip video yang mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada pihak terbabit.


"Saya sudah hubungi Datuk Zamri, Pengarah JIPs pada pagi ini dan beliau memaklumkan pihak JIPs akan mengambil tindakan tegas ke atas premis perjudian termasuk pegawai yang melindungi aktiviti perjudian itu kerana kesalahan ini di bawah bidang kuasa PDRM.


"JIPs menyatakan komitmen akan bekerjasama menyalurkan maklumat kepada SPRM jika ada pegawai serta anggota polis terbabit dikenal pasti," katanya hari ini.

https://beta.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/719635/sprm-siasat-pegawai-anggota-penguat-kuasa-disyaki-terima-rasuah

Tiada ulasan:

Catat Komen

Agong berkenan Parlimen bersidang semula, tapi kenapa Putrajaya senyap, soal Najib

  PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menyuarakan kehairanan beliau apabila kerajaan kerana tidak memberi sebarang maklum balas...