PUTRAJAYA – Tiada sebarang permohonan pendaftaran parti politik baharu dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) oleh kumpulan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga setakat semalam.
ROS dalam satu kenyataan berkata, penjelasan itu berdasarkan semakan rekod berhubung perkara berkenaan yang telah dibuat pihaknya.
Menurutnya, ROS akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan prosedur ditetapkan selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) sekiranya permohonan dikemukakan.
“Sekiranya terdapat sebarang permohonan, ROS akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan prosedur yang ditetapkan selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335),” kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.
7 Ogos lalu, Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan sebuah lagi parti Melayu baharu.
Dr Mahathir berkata, beliau dilantik sebagai Pengerusi parti itu manakala Datuk Seri Muhkriz Mahathir pula sebagai Presiden.
Semalam, dengan gaya bersajak, Dr Mahathir mengumumkan nama parti baharu yang akan diterajuinya bersama Mukhriz dan lima ahli Parlimen yang menyokong beliau sebagai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Keputusan drastik itu diambil selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengetepikan saman Dr Mahathir dan empat lagi ahli Parlimen yang mencabar pemecatan mereka daripada Bersatu.
https://suara.tv/13/08/2020/tiada-permohonan-tubuh-parti-baharu-dr-mahathir-ros/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
[Gempar] Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?
CYBERJAYA – Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin me...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Agak mengejutkan setelah ura-ura kerajaan Warisan akan terlungkup, rupa-rupanya ia sangat menjadi kenyataan pada hari ini menurut portal Sua...
-
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak perlu berlakon untuk menunjuk kononnya bersimpati atau mengambil berat soal kebajikan penjawat aw...

Tiada ulasan:
Catat Komen