Sabtu, 15 Ogos 2020

Tuduhan terhadap Ahli Parlimen Sg Buloh, PKR Sungai Buloh mahu tindakan diambil ke atas Syed Badli

PKR Sungai Buloh hari ini membidas naib ketua Pemuda PKR Syed Badli Shah Syed Osman yang mempersoalkan keberadaan ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa, susulan kontroversi pendedahan video mengenai premis judi dan peniaga tanpa lesen di kawasan itu.



Setiausaha PKR Sungai Buloh Johari Itam berkata, tuduhan dilemparkan Syed Badli terhadap Sivarasa itu adalah tuduhan liar, berniat jahat dan tidak berasas, memandangkan beberapa tindakan susulan dan pemerhatian sudah dilakukan sejak 11 Ogos lalu.


“Sepatutnya sebagai pemimpin Pemuda PKR di peringkat kebangsaan, beliau merujuk kepada Sivarasa atau kakitangan di pejabat Parlimen Sungai Buloh atau kepada pimpinan bahagian sebelum mengeluarkan kenyataan dan membuat dakwaan jahat itu. Malangnya ia tidak berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johari turut memberitahu bahawa PKR Sungai Buloh akan merujukkan tindakan Syed Badli kepada Lembaga Disiplin PKR untuk tindakan lanjut, selain menggesa beliau membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sivarasa.

“Kenyataan dikeluarkan menunjukkan sikap bodoh sombong beliau dan cara kepimpinan yang tidak ada kualiti.

“Saya seru presiden PKR dan pimpinan parti mengkaji semula jawatan beliau sebagai naib ketua Pemuda PKR Pusat yang dilantik. Pemimpin seperti ini akan menjadi liabiliti kepada parti,” katanya.

Johari turut menyenaraikan beberapa tindakan yang dilakukan oleh Sivarasa bermula dengan turun ke kawasan Bandar Baru Sungai Buloh bersama ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama penduduk setempat bagi mendengar masalah dan isu berbangkit susulan tular video melibatkan pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid.

“Pada petang 11 Ogos, iaitu pada hari yang sama, Sivarasa berhubung dengan Datuk Bandar MBSA Haris Kasim dan memohon pertimbangan berkaitan notis 24 jam kepada peniaga premis,” katanya.


“Pada 12 Ogos, ahli Parlimen Sungai Buloh itu sendiri menghantar pegawainya bagi memantau dan mendapatkan maklumat tentang operasi bersepadu MBSA, polis, Jabatan Kastam Diraja, Jabatan Imigresen dan TNB.

“Keesokan harinya, Sivarasa menerima maklum balas daripada Haris bahawa MBSA akan mengadakan satu pertemuan khas bagi membantu penjaja yang terjejas pada hari Sabtu di Dewan Meranti, Bandar Baru Sungai Buloh.

“Pada Khamis malam, rombongan peniaga bersama wakil persatuan penduduk berkunjung ke pusat khidmat Sivarasa untuk membincangkan hal ini serta mendapatkan nasihat berhubung isu yang berbangkit,” katanya.


Seterusnya, pada hari ini juga Sivarasa bersama pimpinan PKR Sungai Buloh turun ke Program Penyusunan Semula Peniaga dan Penjaja anjuran MBSA di Dewan Meranti dan program ini masih berjalan sehingga esok.

“Justeru berdasarkan fakta-fakta yang disebutkan, adalah jelas kenyataan Syed Badli sangat tidak bertanggungjawab dan bertujuan mencemar imej Sivarasa selaku ahli Parlimen Sungai Buloh, merangkap ketua PKR Sungai Buloh, sekali gus mencemar imej parti,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/15/tuduhan-terhadap-sivarasa-pkr-sungai-buloh-mahu-tindakan-diambil-ke-atas-syed-badli/

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gempar] Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

 CYBERJAYA – Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin me...