Selasa, 25 Ogos 2020

[Ulang siar Wawancara Malaysiakini] Lim tak tidur malam sejak jadi menteri kewangan

Jom kita fahami tugas Menteri Kewangan ketika itu yang nampak begitu rajin dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Kata Lim Guan Eng


Sejak memegang jawatan di Putrajaya, Lim mencuri masa untuk kembali ke Pulau Pinang pada hujung minggu bagi bertemu penduduk di kawasannya, sama ada di kerusi parlimen Bagan atau kerusi DUN Air Putih.




Setelah PH menang PRU14, Lim Guan Eng dilantik sebagai Menteri Kewangan, banyak kerja-kerjanya dalam menjaga kewangan negara mendapat pujian pada ketika itu, antaranya beliau diam ketika azan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendapat perhatian selepas bertindak memberhentikan sidang media yang dilakukannya untuk seketika bagi memberi laluan kepada azan berkumandang.

Ketika itu, sidang media diadakan pada lewat tengah hari Selasa semasa masuknya waktu Zohor.

Klik sini https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/06/06/lim-guan-eng

Berbalik cerita yang beliau tidak dapat tidur malam sejak jadi Menteri Kewangan, 

Lim tak tidur malam sejak jadi menteri kewangan

Ketika ditanya mengenai keutamaannya sekarang, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata banyak perkara harus dilakukan terutamanya bagi membersihkan 'kekotoran' yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Guan Eng berkata, setiap hari beliau mendapat penemuan baru yang menyebabkannya tidak dapat tidur pada waktu malam.




"Kadang-kala, saya tak boleh tidur di malam hari kerana setiap hari ada 'bom masa' yang dijumpai di mana-mana," kata Lim dalam wawancara dengan Malaysiakini di Pulau Mutiara pada hujung minggu lalu.

Sejak memegang jawatan di Putrajaya, Lim mencuri masa untuk kembali ke Pulau Pinang pada hujung minggu bagi bertemu penduduk di kawasannya, sama ada di kerusi parlimen Bagan atau kerusi DUN Air Putih.

Menerusi temu bual dengan media sejak dilantik sebagai menteri kewangan, Lim mendedahkan beliau menemui banyak "fail merah dan yang tersembunyi" dalam kementerian itu, di mana dokumen berkenaan hanya boleh diakses oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang merupakan anggota parlimen Pekan melepaskan jawatan perdana menteri selepas kekalahan BN pada pilihan raya umum 9 Mei.

Beliau kini sedang disiasat atas  tuduhan terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram yang berkaitan dengan skandal 1MDB.


"Kedua, banyak akaun yang dipalsukan dan ketiga, banyak perkara yang direkodkan tidak menyatakan kos sebenar. Akaun itu tidak telus dan lengkap," kata Lim yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang.

Beliau merujuk kepada Program Perkongsian Awam (PPP) yang dikatakan bernilai RM63 bilion.

Selain itu terdapat juga bayaran pajakan, penyelenggaraan dan penggantian aset berkaitan dengan program PPP.


"Adakah anda tahu berapa banyak? Ia berjumlah sehingga RM140 bilion, tetapi mereka (kerajaan terdahulu) tidak mahu menyebut ini," kata Lim kepada Malaysiakini.

Selain itu Lim juga mendedahkan sistem pembayaran yang dilaksanakan di Kementerian Kewangan sebelum ini.

"Apabila kamu membuat pembayaran, biasanya berdasarkan kerja yang dilakukan, misalnya, kami akan bayar kamu 20 peratus untuk 20 peratus selepas kerja selesai.


"Tetapi di sini berbeza, bayaran dibuat setiap enam bulan. Walaupun untuk projek yang hanya 25 peratus telah selesai, mereka dibayar sehingga 60-70 peratus, dan ada yang menuntut bayaran hingga 90 peratus," katanya.


Lim berkata perkara ini dimasukkan sebagai hutang negara apabila beliau membuat pengumuman mengejutkan bahawa ia berjumlah RM1 trilion setakat Disember tahun lepas.

Baca selanjutnya https://www.malaysiakini.com/news/428368

Tiada ulasan:

Catat Komen

Umno utus surat ‘rasmi’ kepada Muhyddin tamatkan kerjasama pada PRU-15?

 PETALING JAYA: Annuar Musa mendesak pimpinan parti mengesahkan sama ada Umno mengutus surat kepada Muhyiddin Yassin memaklumkan tidak akan ...