Rabu, 30 September 2020

Tidak patut ada yang tersinggung kenyataan Wan Fayhsal kerana ia bersifat umum

 Kenyataan Ketua Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hanya bersifat umum dan tidak menyentuh mana-mana pihak secara khusus, sama ada UMNO atau pun Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan Armada Parti Perbumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, oleh itu adalah tidak wajar jika ada pihak yang tersinggung kerana isu legasi dan kes mahkamah yang memangkin perihal ‘trust deficit’ turut membebani pemimpin-pemimpin parti pembangkang.

“Dan imej kerajaan pasca PRU14 seharusnya menepati citra ‘Good Governance’ yang didambakan rakyat, bukan menepati kehendak elit politik semata dan inilah yang dimaksudkan oleh Ketua ARMADA Nasional sebegitu citra yang digarap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertekad khidmat demi rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Malah menurut beliau, kenyataan Wan Ahmad Fayhsal dimanipulasi seakan ada jarum-jarum halus yang menikam kerana tidak mahu melihat muafakat antara parti Melayu melalui kerajaan Perikatan Nasional.

Tambah beliau, amat menyedihkan pada saat agenda penyatuan menjadi tunjang utama, ada segelintir pemimpin utama UMNO yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengguris perasaan pihak lain.

“Ini tampaknya samada termakan dakyah jarum pemisah atau demi agenda ‘peribadi’ semata tanpa memikirkan nasib orang Melayu dan masyarakat Malaysia umumnya.

“Jika dinilai dari kenyataan-kenyataan yang dilemparkan beberapa pemimpin UMNO (saya yakin tidak mencerminkan keseluruhan UMNO), ARMADA malah kepimpinan BERSATU sebegitu utamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin langsung tidak memperbesarkan hal dan kecoh untuk berpolitik sepanjang masa kerana melihat maslahat yang lebih mustahak; demi orang Melayu, rakyat Malaysia dan agenda penyatuan,” ujarnya.

Menurut Mohd Ashraf, beliau percaya perselisihan pendapat itu akanmengeratkan lagi hubungan antara semua demi agama, bangsa dan negara.

Tambah beliau, amat menyedihkan pada saat agenda penyatuan menjadi tunjang utama, ada segelintir pemimpin utama UMNO yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengguris perasaan pihak lain.

“Ini tampaknya samada termakan dakyah jarum pemisah atau demi agenda ‘peribadi’ semata tanpa memikirkan nasib orang Melayu dan masyarakat Malaysia umumnya.

“Jika dinilai dari kenyataan-kenyataan yang dilemparkan beberapa pemimpin UMNO (saya yakin tidak mencerminkan keseluruhan UMNO), ARMADA malah kepimpinan BERSATU sebegitu utamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin langsung tidak memperbesarkan hal dan kecoh untuk berpolitik sepanjang masa kerana melihat maslahat yang lebih mustahak; demi orang Melayu, rakyat Malaysia dan agenda penyatuan,” ujarnya.

Menurut Mohd Ashraf, beliau percaya perselisihan pendapat itu akanmengeratkan lagi hubungan antara semua demi agama, bangsa dan negara.

Tambah beliau, adalah penting untuk semua pihak melihat ke hadapan dan terus fokus bekerja demi rakyat yang menaruh harapan tinggi kepada kerajaan. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/09/30/kenyataan-bersifat-umum-tidak-wajar-ada-yang-tersinggung-armada/

Bertelingkah secara terbuka boleh hakis keyakinan rakyat – Pemuda Pas

KUALA LUMPUR – Langkah memperkukuhkan muafakat perlu menjadi agenda utama semua parti dalam kerajaan kerana ia boleh menimbulkan keyakinan rakyat kepada Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khairudin berkata, pertelingkahan secara terbuka hanya membuka pekung didada yang akhirnya menghakis keyakinan rakyat kepada kedua-dua gabungan itu.

Katanya, pertelingkahan yang berlarutan akan membuka ruang kepada musuh untuk terus melaga-lagakan dan seterusnya akan menjadi lebih buruk jika mereka dapat merampas semula tampuk pemerintahan negara.

“Suka Pemuda Pas mengingatkan bahawa rakyat Malaysia khususnya anak muda meletakkan harapan yang tinggi kepada MN dan PN untuk mengemudi Malaysia ke arah kecemerlangan terutama dalam tempoh yang serba mencabar ini.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil maklum berkenaan komunikasi media sosial yang berlaku di antara dua sahabat saya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada), Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Pemuda PAS menghormati pandangan dan perspektif yang diutarakan oleh keduanya dan melihat perkara sebagai sebahagian daripada proses kematangan dalam permuafakatan,” katanya menerusi kenyataan.

Khairil Nizam berkata, dalam usaha membentuk kesatuan yang kuat sebuah kumpulan akan melalui empat fasa utama iaitu pembentukan, pergeseran, pembiasaan dan pencapaian kecemerlangan.

Katanya, PN kini sedang melalui fasa kedua dan kedua-dua tokoh pemuda itu bukanlah insan yang biasa-biasa, sebaliknya masing-masing memiliki kekuatan dan kehebatan yang tersendiri.

Ujarnya, kehebatan itu menjadi ketakutan yang dilihat oleh musuh politik seperti DAP dan sekutunya.

“Jika tokoh-tokoh anak muda ini boleh bersama dan bermuafakat secara matang, nescaya manfaatnya adalah untuk rakyat Malaysia dan Pemuda PAS sentiasa mendokong perkara ini sebagai keutamaan,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

DAP bersedia hadapi “langkah politik” Oktober, November

Kejayaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi pilihan raya negeri telah membunyikan amaran pilihan raya buat parti-parti politik.

Kwong Wah Yit Poh melaporkan, DAP menjangkakan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengambil tindakan politik yang signifikan menjelang persidangan Parlimen pada 2 November.


Bendahari DAP Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata, Parlimen akan bersidang bermula 2 November sementara 6 November akan menyaksikan pembentangan bajet pertama oleh kerajaan Perikatan Nasional.

Katanya, pembentangan bajet akan disusuli dengan lebih 20 undian untuk meluluskan peruntukan untuk setiap kementerian.

“Jika pembangkang yang diterajui Pakatan Harapan (PH) melakukan serangan, Perikatan Nasional perlu menghadapi lebih 20 kali serangan bertubi-tubi dalam undian yang akan dijalankan.

“Perikatan Nasional akan berdepan satu dilema jika terdapat rang undang-undang yang tidak diluluskan. Jika bajet tidak diluluskan, maka ia adalah sama seperti undi tidak percaya ke atas Perikatan Nasional,” katanya.

Hon Wai yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, DAP justeru melihat Oktober dan November sebagai bulan signifikan kerana Perdana Menteri mungkin mengambil langkah politik pada tempoh masa tersebut.

Menurutnya, langkah berkenaan termasuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya kilat.

Hujahnya lagi, parti-parti politik sudah memukul gendang perang berikutan kejayaan GRS untuk menawan Sabah.

“Muhyiddin sebelum ini telah memberi bayangan bahawa pilihan raya kilat akan diadakan selepas kemenangan di Sabah.

“Jangan lupa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa beliau menerima sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan dan UMNO sedang bersikap kabur-kabur dalam soal ini.

“Semua keadaan ini akan mendorong Muhyiddin melakukan percaturan dan simulasi sebelum bermulanya persidangan Parlimen,” katanya.

Menurut Hon Wai, kekuatan dua kem adalah sekata dengan rekod 111 berbanding 109 dalam undi calon Speaker Dewan Rakyat sebelum ini.

“Dengan undian yang begitu intensif pada November, mampukah Perikatan Nasional mengekalkan jumlah wakil rakyat yang ramai secara siang dan malam dalam Dewan Rakyat?” – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/09/30/dap-bersedia-hadapi-langkah-politik-oktober-november/

Selasa, 29 September 2020

Anwar buat kesilapan besar dalam karier politiknya

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan kesilapan besar dalam karier politiknya apabila mengumumkan sudah memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan baharu.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, Anwar membuat percaturan terbesar ketika nama beliau sudah terpinggir daripada senarai calon Perdana Menteri

Menurutnya, risiko tindakan Anwar itu amat besar terutama apabila dinafikan banyak pihak yang dikaitkan dengan komplot berkenaan sedangkan sehingga kini ia belum menjadi kenyataan.

“Sehingga kini tiada pertukaran kerajaan, sudah tentu kewibawaan Anwar dan PKR merudum dan sukar dipulihkan kembali.

“Pada masa sama, jika pengumuman itu tidak menjadi kenyataan sekalipun, ia tetap beri impak kepada perkembangan politik negara. Antaranya mencetuskan kecurigaan dalam kalangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terhadap kesetiaan ahli Parlimen UMNO dan BN,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Kamarul Zaman berkata, Anwar sebenarnya telah melakukan 10 kesilapan menerusi Langkah Le Meridien pada Rabu lalu.

“Kesilapan pertama beliau adalah terlalu yakin ketika mengumumkan kerajaan pimpinan Muhyiddin telah tumbang, sedangkan pengumuman seumpama sepatutnya dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong setelah melalui proses perlembagaan yang diperuntukkan,” katanya.

Menurutnya, keyakinan Anwar mengumumkan beliau mempunyai majoriti kukuh dan hampir dua pertiga sokongan di Parlimen tanpa memberikan bukti juga sukar diterima banyak pihak.

“Malah Anwar begitu yakin mengumumkan beliau akan membentuk kerajaan baharu tanpa mengambil kira kuasa Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pembubaran Parlimen.

“Kesilapan lain termasuk mengumumkan ahli-ahli Parlimen bersama beliau sedangkan keputusan itu tidak dirunding atau diputuskan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Kamarul Zaman berkata, dengan yakinnya Anwar mengumumkan beliau mendapat sokongan Ahli Parlimen BN tanpa memberikan senarai nama individu terlibat, mencetuskan keraguan apabila dinafikan individu terlibat.

“Beliau juga silap percaturan apabila mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tiada bersama beliau dalam kerajaan baharu, sedangkan Dr Mahathir dan pemimpin Pejuang mungkin mampu mempengaruhi ahli-ahli Parlimen lain untuk menolak pembentukan kerajaan baharu itu,” katanya.

kesilapan lain ialah Anwar membuat andaian Yang di-Pertuan Agong akan menerima perancangan beliau.

Ini kerana, katanya, berdasarkan titah pada pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 lalu, Seri Paduka Baginda mengingatkan pemimpin politik tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik tidak menentu ketika rakyat berhadapan pelbagai masalah akibat pandemik Covid-19.

“Anwar kelihatan yakin rakan-rakan lama PH dan rakan baharu yang menyertai beliau boleh menerima antara satu sama lain, sedangkan banyak petanda menunjukkan sebaliknya.

“Anwar turut yakin tiada perubahan boleh berlaku antara tarikh beliau umumkan pembentukan kerajaan baharu dengan tarikh menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan tarikh Seri Paduka Baginda menemu duga semua ahli Parlimen, sedangkan banyak perubahan boleh berlaku,” katanya.

Tambah Kamarul Zaman, Anwar juga melakukan kesilapan apabila mengumumkan sendiri kenaikan diri beliau dan rancangan pembentukan kerajaan baharu, sedangkan ia lebih wajar dilakukan bersama rakan PH.

Pada Rabu lalu, Anwar mengadakan sidang akhbar khas mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baharu.

Malah, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menegaskan bahawa majoriti diperoleh adalah konklusif dan bukannya majoriti tipis.

Isnin, 28 September 2020

Istana Negara keluar kenyataan petang ini

 Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini.

Perkara itu dinyatakan dalam mesej ringkas oleh istana awal hari ini.

"Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa Istana Negara akan mengeluarkan kenyataan pada jam 6 petang hari ini," kata kiriman itu yang disahkan oleh seorang pegawai istana.

Foto - Harian Metro

Bagaimanapun ia tidak menjelaskan kenyataan tersebut merujuk kepada mana-mana isu secara khusus.

Pegawai istana yang dihubungi juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai perkara itu.

Dipercayai kenyataan berkenaan mungkin berkaitan perkembangan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atau mengenai perkembangan terbaru politik di negara ini.

Yang di-Pertuan Agong dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Isnin lalu, setelah Seri Paduka mengadu tidak sihat.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa berjaya mendapat sokongan majoriti daripada anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Presiden PKR itu berkata Seri Paduka juga telah berkenan untuk menerima beliau menghadap tetapi ditangguhkan berikutan masalah kesihatan.

https://www.malaysiakini.com/news/544388

Kenyataan Media Pengerusi BN Sabah

 Assalamulaikum Semua Kepimpinan MT,Ketua-Ketua Bahagian dan Sahabat-Sahabat,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih di atas Bantuan dan Kerja kuat Rakan-Rakan & Jentera seluruh Malaysia yang membantu UMNO Sabah sepanjang PRN Sabah.

Walaupun saya Selaku Ketua Umno Sabah tidak berapa Gembira dengan Kemenangan yang BN Menangi,Tetapi Saya redha & Terima Ketentuan Allah dengan hanya 14 Kerusi saja yang kita Menangi di sebab kan beberapa Factor yang kita semua fahami.

Saya juga ingin Memaklumkan Berkenaan Jawatan Ketua Menteri,Umno Sabah Telah Menghantar Cadangan Ketua Menteri kepada TYT Sabah Semalam,Tetapi Memandangkan BN Hanya Menang 14 Kerusi manakala PN+ Menang 23 Kerusi,Pihak Kita terpaksa Menghormati demokrasi Parti Yang Menang Banyak Kerusi perlu Menjadi Ketua Menteri.

Saya juga ingin Memaklumkan.Semua Adun BN meminta pada Saya untuk menjadi Kerajaan dan mereka tidak sanggup jadi Pembangkang. Saya Selaku Ketua Umno Sabah Terpaksa Menghormati Permintaan Mereka.

Saya Juga Ingin Mengambil Kesempatan untuk mengucapkan Terima Kasih Kepada Dato’ Seri Presiden yang telah bertungkus Lumus dari awal kempen dan sentiasa berkomunikasi dengan saya dan Naib-Naib Presiden dan serta SUA-SUA disini yang menyokong saya untuk menjadi Ketua Menteri Sabah sehingga saat-saat Akhir tetapi Saya Terpaksa Menerima Keputusan ini atas Permintaan UMNO SABAH.

Saya harap rakan semua tidak menyalahkan Presiden atau mana-mana pihak diatas perkara yang berlaku.Saya mengambil tanggung jawab atas apa yang berlaku di Sabah.

Umno Sabah tidak akan kemana tanpa Bantuan Presiden dan rakan-rakan yang lain dan Marilah kita bersama-sama Fokus PRU 15 yang Sudah Hampir.

Sekian.

Bung Moktar

Ketua Umno Sabah

https://www.bnnewsonline.com/kenyataan-media-pengerusi-bn-sabah/

[Tak selesai lagi?] Rasmi: Angkat sumpah KM Sabah esok

 KOTA KINABALU – Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah akan berlangsung esok.

Perkara itu disahkan Jabatan Penerangan negeri menerusi jemputan yang dihebahkan kepada media.

Foto - Malaysia Gazette

“Salam Hormat Rakan-Rakan Media. Untuk Makluman Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri akan berlangsung pada 29 Sept 2020 Jam  10.30pagi di Istana Negeri Sabah,” menurut hebahan itu. 

Kata Jabatan Penerangan yang memaklumkan perkara itu daripada sumber Istana Negeri Sabah.

Pemakluman ini dibuat ketika Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin meminta tempoh untuk mempertimbangkan calon Ketua Menteri daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Setakat ini yang dua calon dari Perikatan Nasional (PN) iaitu Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),  Datuk Hajiji Noor dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin disebut-sebut bakal menerujui negeri di bawah bayu itu.

Semalam, Bung; Hajiji; Presiden Star, Datuk Jefrey Kitingan dan Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Jahim mengadap Juhar di Istana Negeri. – MalaysiaGazette

Shafie masih lagi calon PM yang layak blok pembangkang kata Bekas PM

 KUALA LUMPUR – Walaupun kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah namun Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih menjadi calon Perdana Menteri blok pembangkang.


Pengerusi Parti Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan perkara itu.

“Dia (Mohd Shafie) masih salah seorang candidate,” katanya ringkas dalam siaran video sebuah portal hari ini.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri itu meluahkan rasa kecewa dengan kekalahan Parti Warisan dalam PRN Sabah.

Beliau dalam masa yang sama berharap kestabilan politik dapat dicapai dengan pembentukan kerajaan negeri yang baharu. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/09/27/shafie-masih-lagi-calon-pm-blok-pembangkang-tun-m/

PBS dakwa ‘parti kapal’ hubungi pemimpinnya untuk beli kerusi, tawar duit, jawatan

 PETALING JAYA: PBS hari ini mendakwa parti itu dijadikan sasaran fitnah susulan kemelut pelantikan calon ketua menteri Sabah yang sehingga kini masih belum selesai.

Parti itu dalam kenyataan di Facebook berkata, disebabkan mahukan jawatan dan kuasa, terdapat pihak tertentu daripada “parti kapal” mula menghubungi pemimpin daripada parti itu bertujuan untuk membeli kerusi.


“Mainan politik kotor parti lawan yang pada masa kempen kononnya mengamalkan nilai prinsip dan maruah, nilai kesatuan dan integriti kini berubah wajah, berubah rupa.

“Mereka yang kononnya parti tempatan lebih baik daripada parti Malaya tetapi sebenarnya bertopengkan musang. Kerana mahukan jawatan dan kuasa, parti kapal ini mula menghubungi Yang Berhormat (YB) PBS untuk beli kerusi.

“Mereka sanggup menawar duit dan jawatan untuk YB PBS,” katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan PBS Joniston Bangkuai menafikan dakwaan akan bersatu tenaga dengan Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan negeri Sabah yang baharu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam, PBS berjaya memperoleh kemenangan di 7 kerusi ditandingi mereka. Kerusi itu adalah di DUN Matunggong, Tandek, Tamparuli, Kiulu, Lumadan, Kundasang dan Telupid.

Menurut parti itu, PBS bukan parti yang baru dibina serta bukan parti murahan dan tidak berwibawa. Katanya, PBS terbentuk daripada rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.

“Sedarlah wahai Warisan Plus, PBS bukan parti yang baru dibina kelmarin, PBS bukan parti yang murahan dan tidak berwibawa.

“PBS pernah dianiaya, difitnah dan dicaci, tapi PBS kekal berdiri untuk rakyat. PBS berpegang pada prinsip dan maruah, PBS akan kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

GRS terdiri daripada PN, BN dan PBS menang 38 daripada 73 kerusi dipertandingkan pada PRN Sabah sekali gus berjaya menubuhkan kerajaan negeri yang baharu.

Warisan Plus pula memenangi 32 kerusi, manakala bakinya dikuasai calon bebas.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/27/pbs-dakwa-parti-kapal-hubungi-pemimpinnya-untuk-beli-kerusi-tawar-duit-jawatan/

Ahad, 27 September 2020

PRN Sabah: Petanda baik jika parlimen bubar - Tuan Ibrahim

 PAS melihat kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN Sabah yang berakhir semalam menunjukkan petanda baik kepada gabungan parti kerajaan persekutuan untuk berdepan pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keputusan semalam bukanlah jaminan untuk berasa selesa dengan situasi berkenaan.


"Saya nak kata selesa pun tidak juga, politik ada cabaran.

"Cuma indikator yang ditunjuk (PRN Sabah) itu agak baik bagi kami di semenanjung khususnya kalau kerajaan bersedia untuk bubar parlimen," katanya pada sidang media selepas majlis cabutan undi kerja-kerja Kementerian Alam Sekitar dan Air peringkat jajahan Kota Bharu, di Kota Bharu, hari ini.

Beliau yang juga menteri alam sekitar dan air berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai potensi dan kesan kepada gabungan PN dan Muafakat Nasional (MN) susulan keputusan PRN Sabah yang menyaksikan kekalahan gabungan Warisan Plus.

GRS iaitu parti gabungan PN, BN dan PBS memenangi PRN semalam selepas berjaya meraih 38 kerusi dari 73 kawasan iaitu majoriti lima kerusi.

Sementara itu Tuan Ibrahim berkata, pihaknya melihat ada satu isyarat yang jelas daripada rakyat apabila Warisan Plus tewas dan gabungan muafakat ini diterima.

"Rakyat menerima kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin antaranya dengan pakej ekonomi dalam membantu rakyat menghadapi kesan wabak Covid-19 diterima baik.

"Itulah isyarat yang dihantar, saya tengok rakyat perlu kepada satu bentuk permuafakatan, tidak ada satu parti yang dominan yang boleh buat keputusan sendiri dan bermakna semua parti-parti politik perlu duduk berbincang bagu merangka keputusan bersama.

"Dalam erti kata lain tidak ada 'abang besar' yang boleh buat kata putus melainkan semua duduk berbincang.

"Ini satu realiti politik yang sedang berlaku di negara kita dan perkara ini sentimennya sudah banyak berlaku di negara-negara lain, ini mungkin baik dalam konteks demokrasi," jelasnya.

Mengulas mengenai pemilihan ketua menteri Sabah, ahli parlimen Kubang Kerian itu berkata, PAS tidak terlibat dalam menentukan siapa yang bakal dilantik sekali gus menyerahkan perkara itu kepada parti-parti yang bertanding.

https://www.malaysiakini.com/news/544271

[Apa nak jadi?] KM Sabah: TYT minta tempoh pertimbangkan calon

 KOTA KINABALU – Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin hari ini meminta tempoh bagi mempertimbangkan calon Ketua Menteri (KM) Sabah daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata demikian selepas mengadap TYT petang ini.

Turut mengadap TYT pada 2:30 petang tadi adalah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim dan Presiden Star, Datuk Jefrey Kitingan.

Pertemuan dengan TYT berakhir  pada 3:20 petang.

Dalam pada itu, Jahid ketika diminta mengulas hanya berkata  GRS menyerahkan keputusan pemilihan Ketua Menteri negeri itu   sepenuhnya kepada TYT.

“Kita serahkan kepada TYT,” tambahnya.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) nampaknya masih belum memuktamadkan calon Ketua Menteri setelah memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah semalam.-MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/09/27/km-sabah-tyt-minta-tempoh-pertimbangkan-calon/

[Ok Sah] Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Hajiji Noor dilantik hari ini

Teka teki siapa Ketua Menteri Sabah yang baharu sudah diketahui.

Namun persefahaman antara BN, PN dan PBS setuju yang calon Ketua Menterinya adalah dari Bersatu.


KOTA KINABALU- Teka-teki calon Ketua Menteri Sabah kini terungkai apabila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepakat menamakan Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Hajiji dijangka akan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun, Juhar Mahiruddin di Istana Negeri jam 2 petang ini.

Sebelum ini, timbul beberapa pertikaian menamakan calon Ketua Menteri apabila, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menamakan Hajiji namun, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertegas mahu wakil rakyat BN diangkat mengemudi Sabah.

GRS yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), BN, dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memperoleh majoriti mudah dalam pilihan raya semalam setelah memperoleh 38 kerusi daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.

Mengikut amalan, calon ketua menteri akan segera dilantik dan kemudian mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas untuk melantik hingga enam anggota dewan undangan negeri (ADUN).

Suara Tv

https://suara.tv/27/09/2020/prnsabah-hajiji-diangkat-ketua-menteri-sabah/

[Pulak Dah] Shafie Kalah Tapi Belum Tumbang walaupun keputusan memihak kepada GRS? #PRNSABAH

 Inilah dinamakan politik Sabah tuan-tuan, selagi tidak muncul seorang pemimpin yang boleh memegang kesemua telur-telur adun atau Ahli Parlimen, maka begitulah jawapan dengan politik Sabah, lagi satu, kerana dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang disahkan menang PRN Sabah, kemenangan gabungan itu dengan 38 kerusi belum menjamin satu episod menyusahkan bagi rakyat Sabah.


Semuanya kerana kuasa, kuasa itulah yang membuatkan segalanya menyukarkan, menyusahkan rakyat. Warisan mungkin nampak sudah tumbang.

Tetapi Shafie yang masih belum tumbang, siapa sangka?

Dari Suara TV

https://suara.tv/27/09/2020/shafie-kalah-tapi-belum-tumbang/

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin akan mengangkat sumpah sekali lagi esok berikutan kegagalan mana-mana parti menjadi dominan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berakhir petang tadi.

Dalam keputusan PRN yang diumumkan lewat malam tadi, Warisan (termasuk DAP) mendapat 29 kerusi, Perikatan Nasional (PN) 17, Barisan Nasional (BN) 14, PBS 7, Bebas 3, PKR 2 dan UPKO 1.

Secara prinsipnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai oleh PN, BN dan PBS memenangi 38 kerusi membolehkan mereka memperolehi majoriti mudah. Namun seperti yang dijangka kegagalan menamakan Ketua Menteri sebelum pilihan raya kini menjadi satu masalah kepada GRS.

UMNO berpendapat GRS wajar menamakan ADUN dari UMNO sebagai calon Ketua Menteri Sabah kerana telah ada persetujuan lisan berikutan kesanggupan parti tersebut menyerah banyak kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya lalu kepada Bersatu.

Dalam masa yang sama jumlah UMNO merupakan parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam gabungan ini iaitu sebanyak 14, diikuti Bersatu 10, Star dan PBS masing-masing 7.

Bagaimanapun sumber dalam PN menyatakan mereka perlu memegang jawatan tersebut berikutan PN (gabungan Bersatu dan Star) meraih 17 kerusi.

Dalam sidang media jam 2 pagi tadi, Perikatan Nasional jelas belum mengadakan sebarang perjumpaan dengan Barisan Nasional Sabah.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor mengelak soalan pemberita mengenai perbincangan antara sekutu dan hanya memaklumkan calon Ketua Menteri Sabah yang baharu akan diumumkan esok pagi.

Sebaliknya sidang media tersebut turut mengumumkan ADUN Kemabong, bekas Ketua UMNO bahagian Tenom, Rubin Balang, yang bertanding bebas dan menewaskan calon BN untuk menyertai Perikatan Nasional.

Shafie Kembali Sebagai Ketua Menteri?

Kemenangan GRS sangat rapuh kerana ia diasaskan oleh dua buah parti UMNO dan Bersatu yang bersaing dalam pasaran undi yang sama.  Manakala PBS yang mengambil keputusan bertanding menggunakan logo sendiri kelihatan mempunyai agenda sendiri dan boleh membuat keputusan luar dugaan.

Menurut sumber Mohd Shafie yang mempunyai 32 kerusi melalui Warisan, PKR dan Upko membuka saluran perundingan dengan PN, PBS dan BN secara berasingan.

Dengan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah mungkin menyebelahi Mohd Shafie, beliau boleh memberi peluang kepada bekas Ketua Menteri membuktikan kemampuan beliau mendapatkan sokongan majoriti.

Terdapat sumber dalam BN menyatakan PN sedang berbincang dengan Shafie bagi membentuk satu kerajaan PN-Warisan dengan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri.

Ini mungkin berlaku kerana Warisan mempunyai 7 kerusi Parlimen yang diperlukan bagi mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional di peringkat pusat.

Jalan kedua, buat Mohd Shafie ialah mengadakan kerjasama dengan PBS yang mempunyai 7 kerusi. Sekiranya PBS yang bertanding atas logo sendiri membuat keputusan menyertai pakatan dengan Warisan, ia sekaligus membolehkan Mohd Shafie mempunyai 39 kerusi, mengatasi garis majoriti mudah 37 kerusi.

Jalan ketiga buat Mohd Shafie, ialah mengadakan kerjasama dengan parti lama beliau UMNO.

UMNO kelihatan sedang diketepikan oleh PN dan tidak mustahil parti tersebut mengadakan pakatan dengan Warisan sekaligus membentuk sebuah kerajaan dengan majoriti 46 kerusi yang merupakan gabungan paling kukuh.

Justeru ketika ramai melihat Warisan dan Mohd Shafie telah kalah, tidak mustahil minggu ini kita akan menyaksikan beliau sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah dengan kedudukan yang lebih kukuh.

Krisis politik Sabah tampak belum ada tanda pengakhiran mudah kecuali segala kekecohan dan ketidakhadiran BN dan PBS dalam sidang media lewat pagi tadi hanya satu sandiwara sedangkan keputusan telah dibuat lebih awal.

Sama-sama kita tunggu sama ada seorang Ketua Menteri Sabah yang baharu akan mengangkat sumpah esok.-SUARATV.

Sabtu, 26 September 2020

[Tidak Rasmi] Tahniah Parti Gabungan Rakyat Sabah yang sah menang PRN Sabah

 Keputusan dikatakan Gabungan Rakyat Sabah, menang Pilihanraya Negeri Sabah kali ke-16..

Setakat jam 9.00 Malam, GRN sudah mendahului dan meninggalkan Warisan..

Dah boleh rasanya ucapkan Tahniah dekat GRN

Parti Warisan jatuh terduduk

Kota Kinabalu – Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal tumbang setelah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memperolehi 37 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diterima sebentar tadi, setakat jam 8:40 malam Warisan hanya berjaya memperolehi 15 kerusi sahaja manakala lain-lain parti berjaya memperolehi 4 kerusi.

Menurut sumber parti USNO, pimpinan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan calon bebas telah menyatakan sokongan untuk menyokong GRS bagi membentuk kerajaan negeri baharu.

Untuk rekod mana-mana gabungan parti politik yang berjaya memperolehi 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada kali ini menyaksikan 73 kerusi DUN dipertandingkan.

Berita lanjut menyusul

https://suara.tv/26/09/2020/prn-sabah-keputusan-warisan-tumbang/

[Gempar] Mahathir tidak akan bertanding pada PRU15

 PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, bekas perdana menteri itu memberitahu temu ramah media pada Khamis.

“Saya mahu kekal lebih lama sedikit, tetapi saya fikir saya akan berkhidmat untuk tempoh yang pendek,” beliau memberitahu agensi berita Kyodo di Putrajaya.


“Tetapi saya tidak akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-15,” kata Mahathir. yang dipilih sebagai ahli Parlimen Langkawi pada 2018.

Mahathir, 95, memegang rekod sebagai ketua kerajaan yang paling tua apabila beliau kembali ke Putrajaya untuk kali ke-2 sebagai perdana menteri selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum Mei 2018.

Beliau sebelum ini menyandang jawatan itu untuk tempoh paling lama, iaitu dari 1981 hingga 2003.

Mahathir berkata beliau berharap anaknya, Mukhriz, akan meneruskan warisannya.

“Terserah kepadanya. Saya tidak akan menghalang haluan beliau. Ia tidak adil kepadanya,” kata Mahathir.

Mukhriz adalah presiden sementara Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan oleh Mahathir selepas meninggalkan PPBM.

Mahathir berkata, walaupun terkeluar daripada kerajaan, beliau akan terus memerangi rasuah melalui Pejuang.

“Pejuang mempunyai prinsip yang sangat kukuh, antaranya adalah menghalang negara ini daripada terus terjebak dengan rasuah,” kata beliau.

Beliau berkata, kerajaan baru Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh PPBM yang pernah dipimpinnya meneruskan amalan rasuah seperti Barisan Nasional (BN).

“Selepas 3 bulan Perikatan Nasional menjadi kerajaan, saya tidak memberi sebarang komen kerana saya mahu melihat prestasi mereka. Malangnya, ia telah kembali kepada rasuah, iaitu dengan membeli sokongan kepada kerajaan. Walaupun begitu, ia hanya ada majoriti 2 orang,” Mahathir menambah.

Beliau berkata kerajaan PN didirikan melalui sogokan.

“Ia lebih teruk daripada rasuah. Seluruh kerajaan ditubuhkan melalui rasuah,” kata beliau.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/26/saya-tidak-bertanding-pada-pru-akan-datang-kata-mahathir/

Anwar tidak mahu sokongan parti Pejuang kata Tun M

 PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad mendakwa Anwar Ibrahim menolak sokongan Pejuang, parti baru yang diketuai bekas perdana menteri itu, ketika presiden PKR itu mendakwa mempunyai majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.


Mahathir berkata, ini terbukti dalam sidang media Rabu lalu, di mana Anwar mendakwa “beliau mendapat sokongan semua orang, kecuali Dr Mahathir” menurut laporan The Malaysian Insight.

“Pejuang ditolak (daripada menyertai Anwar). (Anwar) kata semua orang sokong beliau kecuali Dr Mahathir,” lapor portal itu memetik Mahathir sambil menambah Pejuang tidak lagi boleh menyokong Anwar kerana parti itu ditolak sejak awal.

Rabu lalu, Anwar mendakwa beliau mendapat “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru, majoritinya wakil rakyat Melayu dan Islam.

Tetapi, beliau tidak mendedahkan jumlah ahli Parlimen yang menyokongnya.

Ditanya jika Mahathir dan bekas ahli Parlimen PPBM antara wakil rakyat yang menyokongnya, Anwar berkata: “Belum. Beliau mungkin memutuskannya kemudian, tapi ketika ini tidak.”

Susulan itu, Mahathir pada Rabu lalu dilaporkan berkata, beliau akan “tunggu dan lihat” jika ini ialah satu lagi episod ketua pembangkang itu membuat dakwaan tidak dapat dibuktikan.

Anwar pernah membuat dakwaan sama pada 2008 yang beliau mempunyai sokongan Parlimen mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan dan mendesak perdana menteri ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa secara aman. – FMT

Jumaat, 25 September 2020

[D4P pening?] Guan Eng: D4P tak akan kerjasama dengan Umno di bawah Zahid, Najib

 Selepas mendapat berita bahawa "ramai" Ahli Parlimen BN dan Umno menyokong rancangan rampasan kuasa Presiden PKR, Anwar Ibrahim, DAP menegaskan bahawa ia tidak akan bekerjasama dengan Umno.


Berkempen di Kota Kinabalu petang tadi, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menekankan pendirian parti itu tetapi tidak menyentuh secara langsung pengumuman Anwar baru-baru ini.

"Kita lawan Umno dan (Presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin kerana kita tak boleh terima dasar memecahbelahkan rakyat

"Saya nak tegaskan di sini bahawa DAP tidak akan kerjasama dgn Umno di bawah pimpinan Zahid (Hamidi) dan di bawah pimpinan Najib (Razak). Sama sekali tidak.

"Tentu ini ditanya, kalau kita lawan dengan Umno ataupun PN di Sabah, macam mana boleh kerjasama dengan Umno di bawah Zahid atau Najib? Itu penting," katanya.

Lim hadir berkempen utnuk calon DAP bagi Luyang, Phoon Jin Zhe dan calon Likas, Tan Lee Fatt menjelang hari pengundian pilihan raya Sabah esok.

Ucapannya disiarkan di Facebook.

DAP adalah parti terbesar dalam Pakatan Harapan dengan 42 Ahli Parlimen.

Rabu lalu, Anwar mendakwa mendapat sokongan majoriti anggota parlimen untuk mengambil alih Putrajaya dengan selesa.

Tidak lama selepas pengumuman Anwar, Zahid mendedahkan "ramai" ahli parlimen Umno dan BN menyokong Anwar.

Masih belum diketahui siapa dari Umno dan BN di pihak Anwar.

Amanah dengan 11 Ahli Parlimennya menyokong penuh rancangan itu sementara DAP sebelum ini menawarkan sokongan bersyarat.

"Sejajar dengan keputusan majlis presiden Pakatan Harapan, 42 anggota parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri jika dia memiliki sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan," kata Lim.

https://www.malaysiakini.com/news/544123

Bagaimana Presiden UMNO mampu membuatkan rakan dan musuh perlu beringat tentang sedang berkuasa dan hilang kuasa..

 Heboh bila Anwar Ibrahim umumkan yang dia sudah cukup nombor Ahli Parlimen untuk membolehkan dia menjadi Perdana Menteri dan kerajaan Muhyiddin jatuh.

Namun sejak pengumuman sejak hari rabu yang lepas, ingatkat ia bakal menjadi suasana panas, tetapi ia menjadi masalah besar pula kepada dipihak PKR.


Sebabnya ramai Ahli Parlimen Umno menafikan yang mereka menyokong Anwar, GPS Sarawak, PAS juga menafikan menyokong Anwar.

Ahli Parlimen nafi menyokong gerakan Anwar..  https://malaysiagazette.com/2020/09/25/ahli-parlimen-umno-nafi-bersama-anwar-bentuk-kerajaan-baharu/

Parti Pejuang juga jangan kata, zarah pun tak nampak yang mengaku menyokong Anwar. Hanya Amanah, DAP sahaja yang membuat kenyataan menyokong penuh sekiranya Anwar sudah cukup nombor.

Alangkah kelakarnya bila 'Langkah Anwar' ini sudah kena main oleh siapa? Hanya PKR sahaja yang tahu situasinya.

Malah Presiden Umno juga ibarat sudah memberi signal, yang ada dikalangan Ahli Parlimen Umno memang menyokong Anwar.

Ikutkan skrip, ikutkan perjalanan sebenar mengapa Presiden Umno mengatakan sebegitu, mudah, untuk meneritahu rakan dan lawan, janganlah sesekali memperkecilkan Umno, walaupun Umno menjadi kerajaan bersama Bersatu, Pas dan rakan parti lain.

https://malaysiagazette.com/2020/09/23/terkini-saya-datang-dari-pintu-istana-pm/

Harus diingan, jangan sesekali membuat keputusan yang memijak Umno tanpa berbincang, maaf kata, wujudnya Perikatan Nasional pun Umno dihenyak dipaksa dan dibelakangkan hanya nak jadi pak turut.

Salah cara begitu, kata muafakat, tetapi dalam diam perlakukan Umno macam anak tiri sahaja, hanya pemimpin Umno dalam Kerajaan Muhyiddin sahaja tahu.

Ingat Umno jangan diperkotak katikkan sama sekali. Nak menjadi rakan, sahabatlah dengan betul-betul, jangan kerap sangat baling batu sembunyi tangan.

Orang kata, buat orang boleh, nampak suci sahaja, ehh bila kena balik dekat batang hidung, wahh marah, emosi, kata Umno tidak sepakat.. eh eh.. 

Jadi sebenarnya yang kena main permainan gegar suasana ini adalah Anwar dan rakan sekutu PN. 

Itu sahaja, harap faham signal mengejutkan orang sombong dari khayal kuasa. ITU SAHAJA UMNO BUAT sejak dua tiga hari ini.

Sekian.

Khamis, 24 September 2020

[Lucu] Perlu saya report kepada 'boss saya' Guan Eng tak? kata Najib

 Bekas perdana menteri Najib Razak secara sinis berkata apakah beliau perlu lapor kepada "bossnya" Lim Guan Eng dalam kabinet baru kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim kelak.

Ia merujuk kepada laporan sebuah portal yang menyenaraikannya sebagai barisan kabinet Anwar bersama Setiausaha Agung DAP itu; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.


"Laman web yang lapor saya antara 19 ahli parlimen Umno yang sokong Anwar jadi PM juga senaraikan saya sebagai menteri jaga ekonomi.

"Individu yang pernah difitnah ada ijazah juga dilantik menteri air, tanah dan sumber asli.

"Nak tanya, saya report kepada boss saya menteri kewangan Guan Eng tak?" tulis Najib dalam satu hantaran di Facebooknya, petang ini.

Berdasarkan tangkap layar yang disiarkan Najib di Facebooknya, portal terbabit menyenaraikannya sebagai menteri hal ehwal ekonomi, Lim sebagai menteri kewangan, Mohamad sebagai menteri pertahanan dan Mahfuz sebagai menteri air, tanah dan sumber asli.

Portal itu menyenaraikan 19 ahli Parlimen Umno yang didakwa menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Semalam, Anwar mendakwa beliau mempunyai majoriti yang mencukupi untuk menjadi perdana menteri dan membentuk kerajaan baru.

Jelasnya dalam sidang media di hotel Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur semalam, sokongan dimiliknya agak besar dan bukannya majoriti tipis.

Anwar berkata beliau mendapat sokongan daripada majoriti ahli Parlimen Melayu.

Sejurus pengumuman Anwar, Ahmad Zahid kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak mampu menghalang ahli Parlimen Umno, BN menyokong Anwar.

https://www.malaysiakini.com/news/543938

[Persiapan tukar kerajaan?] Ahli Parlimen PKR Malaysia Timur diarah bertolak ke KL, kata laporan

  PETALING JAYA: Ahli Parlimen PKR di Malaysia Timur dikatakan mendapat arahan hari ini untuk bertolak ke Kuala Lumpur “untuk membuat persiapan”, lapor akhbar Sin Chew.

Foto FMT

Walaupun laporan itu tidak menyebut persiapan apa, dipercayai ia berkaitan dengan Istana Negara membenarkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, menghadap Agong.

Anwar sebelum ini mendakwa mendapat sokongan “kukuh” dan “meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk membentuk kerajaan.

PKR mempunyai 2 ahli Parlimen di Sarawak, iaitu Larry Sng (Julau) dan Michael Teo Yu Keng (Miri), serta Awang Husaini Sahari (Putatan) dan Christina Liew Chin Jin (Tawau) di Sabah.

Menurut Sin Chew, Sng sudah berada di Kuala Lumpur manakala Teo sudah diarah berbuat demikian pagi tadi.

Sng ketika ditanya pemberita enggan mengulas perjalanan itu, manakala Teo pula sudah memasukkan pakaian rasmi ahli Parlimen dan songkok dalam bagasinya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/24/ahli-parlimen-pkr-malaysia-timur-diarah-bertolak-ke-kl-kata-laporan/

Keputusan Presiden Umno adalah kerana untuk pembubaran Parlimen, Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri secara automatik kata Isham Jalil

Anwar Ibrahim semalam mengumumkan yang dia mempunyai cukup Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.


Enam bulan lepas, Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengumumkan yang dia mempunyai cukup Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan lantas kerajaan telah bertukar tangan.

Jika Anwar Ibrahim berjaya mengumpul cukup Ahli-ahli Parlimen kali ini, maka kerajaan akan jatuh dan bertukar lagi dan dia pula mahu jadi Perdana Menteri.

Dan enam bulan akan datang apabila seorang lagi pemimpin yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri memujuk Ahli-ahli Parlimen untuk berubah fikiran lagi, maka kerajaan akan bertukar tangan sekali lagi dengan tidak melalui pilihanraya.

Mungkin selepas ini Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir atau Dr. Mahathir sekali lagi tunggu giliran untuk jadi Perdana Menteri dengan cara ini.

Sementara itu jumlah kes COVID-19 meningkat semula dengan 147 kes baru direkod semalam.

Keadaan ekonomi pula semakin tidak menentu; semalam pasaran saham Kuala Lumpur telah jatuh di bawah paras 1,500 mata dengan berita pertukaran kerajaan oleh Anwar Ibrahim.

Beberapa hari lagi moratorium akan tamat dan rakyat akan mula membayar ansuran bulanan kepada bank, walaupun ekonomi dijangka menyusut -5.5 peratus tahun ini dengan lebih 745 ribu orang ketiadaan kerja.

Pengumuman Anwar Ibrahim semalam dan reaksi rakyat dan pasaran terhadapnya adalah satu simptom yang menunjukkan hakikat bahawa kerajaan hari ini sememangnya tidak stabil dan boleh jatuh pada bila-bila masa.

Selagi ini berlaku maka kerajaan mungkin akan bertukar tangan setiap enam bulan dan ketidakstabilan politik akan berterusan.

Sesiapa pun yang jadi kerajaan dalam situasi ini tidak akan dapat menumpukan perhatian kepada pemulihan ekonomi dan ia akan menerukkan lagi keadaan hidup rakyat.

Sebab itu dari dahulu saya telah mencadangkan supaya Parlimen dibubarkan untuk menyerahkan mandat semula kepada rakyat melalui pilihanraya supaya kerajaan baru yang lebih stabil dapat dibentuk.

Jika keputusan pilihanraya ini sama iaitu 50:50 seperti sekarang sekali pun, sekurang-kurangnya rakyat berpuas hati kerana mereka sendiri yang memilih kerajaan baru ini dengan dasar-dasar yang dimandati oleh mereka.

........

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong sesiapa (i.e. sama ada menyokong Anwar atau menarik balik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional) bukan bermakna beliau (Zahid) atau UMNO menyokong pembentukan kerajaan yang baru dengan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Sebab jika Ahli-ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan daripada kerajaan atau menjadi berkecuali, maka Anwar masih tidak boleh jadi Perdana Menteri secara automatik.

Ini kerana besar kemungkinan Parlimen akan dibubar untuk pilihanraya yang baru.

Oleh itu keputusan Presiden UMNO semalam adalah suatu langkah yang bijak dan betul ke arah pembubaran Parlimen dan pilihanraya yang baru secepat mungkin untuk mengakhiri impasse dan ketidakstabilan politik dan ekonomi yang kita hadapi sekarang demi kepentingan rakyat dan negara.

ISHAM JALIL
24 September 2020

[Kurang ajar] Lepas hina Polis dan Tentera, kali ini tular pula video Shafie hina Anggota Rela

  Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menyelar berkenaan kenyataan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal yang mempersoalkan kredibiliti dan memperlekeh peranan anggota Rela yang ditugaskan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).

Rela dalam satu kenyataan berkata, menerusi sebuah video berdurasi 21 saat yang telah tular semalam, Shafie dilihat mempertikaikan tindakan menempatkan anggota Rela yang tidak mahir dalam mengendalikan senjata api untuk penugasan di Esszone.

Ucapan tersebut dibuat oleh Shafie semasa menghadiri Program Bicara Presiden Warisan di Tuaran, semalam.

“Jabatan ini ingin menjelaskan bahawa pada 29 September tahun lalu, Mesyuarat Lembaga Penasihat Esszone telah meluluskan penglibatan anggota Rela dalam membantu menjaga keselamatan di 10 daerah kawasan Esszone.

“Melalui inisiatif ini, anggota Rela yang dipilih dalam kalangan penduduk tempatan ditugaskan membantu memastikan keselamatan setempat melalui rondaan komuniti dan penyaluran maklumat,” kata kenyataan itu, di sini hari ini. – Utusan


https://www.tuncarlos.com/2020/09/biadap-selepas-isu-hina-polis-dan.html

D4P pun terkejut bila ada penglibatan UMNO dalam 'Langkah Anwar'

 Pengumuman Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baru bukan sahaja mengejutkan lawannya tapi juga sekutunya.


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengatakan bahawa dia diberitahu oleh Anwar mengenai rancangan mengambil alih kerajaan beberapa saat sebelum Ahli Parlimen Port Dickson itu membuat pengumuman di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur.

Guan Eng memberitahu Malaysiakini bahawa dia ketika itu beranggapan Anwar telah berjaya meyakinkan GPS untuk bergabung dengan Pakatan Harapan.

"Dia seakan berjaya mendapat sokongan GPS untuk mendukungnya bagi memperoleh majoriti selesa. Dengan GPS, itu harus sekurang-kurangnya 120 MP," katanya.

Bagaimanapun, GPS dengan tegas menolak bahawa ia berpihak kepada Anwar dan menegaskan sokongannya kekal kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ini bermaksud, sekiranya dakwaan Anwar benar, dia telah membuat perjanjian dengan pihak lain dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Gambaran itu semakin jelas selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengakui bahawa "banyak" ahli parlimen dari partinya menyokong Anwar.

Zahid juga mendakwa bahawa dia tidak boleh menghalang ahli parlimen Umno untuk menyokong Anwar.

Kenyataan Zahid itu bertentangan dengan pemimpin Umno lain seperti timbalan Zahid, Mohamad Hassan dan Setiausaha Agung BN Annuar Musa yang dengan tegas menolak dakwaan Anwar.

Guan Eng, yang bercakap dengan Malaysiakini ketika berkempen di Keningau untuk pilihan raya Sabah, mengakui bahawa pihaknya tidak dapat membayangkan parti lain selain GPS.

"Saya hanya ingin mengatakan ini - Kami menjangkakan ia adalah GPS. Ketika (orang) bercakap mengenai pihak lain, itu adalah sesuatu yang tidak dijangka," katanya.

Guan Eng mengatakan bahawa komunikasi dengan Anwar pada saat-saat menjelang pengumuman di Kuala Lumpur adalah tidak jelas kerana ketika itu dia berkempen di kawasan di Sandakan, Sabah yang mempunyai isyarat telekomunikasi kurang baik.

"Dia menelefon saya beberapa kali sebelum jam 12 malam dan berjaya menghubungi saya sebelum jam 12 malam.

"Itulah sebabnya sidang media bermula selepas pukul 12 malam. Sangat sukar untuk mendapatkan isyarat," katanya.

Bagaimanapun, Guan Eng mengatakan bahawa mereka tidak dapat menjelaskan secara terperinci kerana isyarat tidak jelas dan tidak selamat.

"Kami tidak boleh membicarakan perkara sensitif ini melalui telefon. Saya fikir kami harus kembali dan berbincang dengannya," katanya.

Anwar mengatakan bahawa kerajaan baru jika dibentuk, akan menjadi majoriti Melayu-Muslim yang akan melindungi masyarakat minoriti.

Guan Eng mengatakan bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan perkara itu selagi kerajaan yang ditubuhkan berdaya saing, bersih, adil, demokratik, telus dan menjaga hak semua masyarakat.

Namun, Guan Eng mengatakan bahawa dia perlu mendapatkan lebih banyak perincian terlebih dahulu.

"Bagaimana saya harus beri respons jika saya sendiri tidak mempunyai perincian?" katanya.

Guan Eng berkata, keutamaan sekarang adalah memenangi pilihan raya Sabah.

https://www.malaysiakini.com/news/543815


MB Perak selamba 'sound' Bersatu, jangan curi ahli dan bertanding tempat UMNO

 UMNO Perak akan mempertahankan kerusi-kerusi tradisi miliknya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti sambil mengharapkan gandingan d...