Rabu, 23 September 2020

Anwar Ibrahim akan umum perkara penting dan menggemparkan pada tengah hari ini menurut sumber....

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di sebuah hotel terkemuka di sini, jam 12 tengah hari ini.


Beliau dikatakan akan membuat satu pengumuman penting.

r memberitahu, pengumuman itu kemungkinan ada kaitan dengan kedudukan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

“Harap maklum bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan satu sidang media khas berkenaan satu pengumuman penting pada jam 12 tengah hari ini,” kata Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil dalam jemputannya kepada media pagi ini.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim dijadual akan mengadakan sidang media pada jam 12 tengah hari ini untuk membuat satu "pengumuman penting".

Sumber parti itu ketika dihubungi, bagaimanapun mengunci mulut mengenai perkara itu.

Sejak semalam terdapat spekulasi mengatakan bahawa ia mungkin ada kaitan dengan majoriti anggota parlimen di Dewan Rakyat.

Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terbaru! DAP namakan Adly calon Ketua Menteri Melaka

 Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pak...